Pelaksanaan sistem ID tunggal seperti Sarawak ID sangat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak, iaitu Kerajaan Sarawak dan rakyat dalam aspek menyokong perkhidmatan digital yang lebih efisien, selamat dan dipercayai.
Selain itu, pelaksanaan sistem digital seumpama ini juga dijangka akan menggalakkan lebih banyak inovasi dicipta dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan bagi tujuan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Sarawak ID juga dilihat mampu memberi nilai tambah kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi digital yang merentasi pelbagai sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan awam, kewangan, e-dagang, e-dompet, e-kesihatan dan sebagainya.
Baca lanjut : Akses Mudah Kepada Perkhidmatan Digital Kerajaan Sarawak