32.2 C
Kuching
Saturday, September 21, 2024

Perkasa Penggunaan Teknologi Digital Untuk Komuniti di Batu Niah

- Advertisement -
- Advertisement -

Pusat Digital Komuniti (DCC) Batu Niah telah ditubuhkan sebagai satu usaha mewujudkan penggunaan teknologi digital secara inklusif dengan menyediakan platform teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta sokongan dari segi infrastruktur digital dan perkhidmatan kepada komuniti setempat.

Dikendalikan oleh Unit Perpustakaan Majlis Daerah Subis (MDS), DCC Batu Niah ini dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti internet jalur lebar, peralatan komputer riba dan tablet, peralatan sidang video digital, koleksi buku serta maklumat digital dalam talian dan sebagainya.

Encik Mohd Noor Yusuf bin Janis membawa RAKAN Sarawak meninjau setiap ruang yang terdapat di DCC Batu Niah

Menurut Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti MDS, Cik Roslinny Jessy anak Merayang dan atendan Perpustakaan, Encik Mohd Noor Yusuf bin Janis ketika memberi penerangan kepada RAKAN Sarawak, sepanjang 2023, DCC telah berjaya melaksanakan 19 program untuk komuniti di sekitar Batu Niah.

Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti MDS, Cik Roslinny Jessy anak Merayang (kanan) melihat rekod pengunjung DCC dan PABN

Antara program yang telah dilaksanakan ialah Pertandingan Mewarna “Jom Ke Perpustakaan 2023”; Bengkel Asas Microsoft Word; Movie Day Out sempena Cuti Sekolah; Pertandingan Mencipta e-Kad Hari Raya 2023; Jam Baca 10 Minit; Kursus Pengendalian Makanan; Kejohanan E-Sports Part 1 (Mobile Legends); Pertandingan ‘Likes” terbanyak gambar pakaian etnik sempena Hari Sarawak”; Perpustakaan bersama komuniti “Senior Got Talent”; Pertandingan E-Sport PUBG; Bengkel Asas Fotografi; Pertandingan Mencipta Poster Digital Sempena Hari Sarawak; Pertandingan Tiktok Challenge “Subis as Eco-Tourism”; Tayangan Video Pengenalan Kepada Aplikasi MYJPJ; Tayangan Video 3R Sempena Hari Perpustakaan Bersama Komuniti; Tayangan I-Movie Sempena Hari Terbuka Perpustakaan; Pertandingan Gambar Terbaik “Subis Power Boat Race 2023; dan Pertandingan Fotografi Terbaik “My Family Picture at Christmas”.

Antara kemudahan digital yang terdapat di DCC Batu Niah
Data pengunjung bilik DCC dan bilik mesyuarat Perpustakaan Awam Batu Niah (PABN) pada 2023

Pada tahun ini, DCC Batu Niah merancang untuk melaksanakan lebih 20 aktiviti antaranya Sesi Perkongsian Sarawak Pay, Pertandingan E-Sport 3.0, Pertandingan Tanglong Creative, Bengkel Klik dengan Bijak, Pertandingan Kahoot (permainan aplikasi) dan sebagainya.

Menurut Cik Roslinny Jessy dan Encik Mohd Yusuf, sebelum ini petugas DCC Batu Niah daripada Program Latihan Pengukuhan Graduan Sarawak (GETS) yang telah banyak membantu DCC membangunkan komuniti yang berkualiti dan berkemahiran dalam bidang teknologi.

Tidak dinafikan, peranan GETS di DCC Batu Niah sebelum ini amat penting dalam usaha membangunkan komunti terutamanya murid-murid dan pelajar sekolah menengah yang ingin mencari maklumat pembelajaran dalam talian menerusi kemudahan ICT yang disediakan di DCC.

Pelajar sekolah menggunakan DCC sebagai tempat untuk belajar selepas waktu sekolah

Selain itu, petugas DCC daripada GETS juga banyak membantu pengunjung dengan memberi bimbingan kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti penggunaan aplikasi Sarawak Pay, e-Recruitment dan sebagainya.

Difahamkan, petugas DCC daripada GETS ini telah diberi latihan oleh Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) sebaik sahaja mereka melapor diri untuk bertugas di DCC.

Sejak DCC Batu Niah ditubuhkan, mereka telah terlibat dalam menjayakan pelbagai program sekaligus telah dapat membantu dalam usaha untuk memperkenalkan DCC serta meningkatkan pengetahuan digital dalam kalangan komuniti di sekitar Batu Niah.

Pengunjung boleh pergi ke sudut aktiviti untuk melihat gambar-gambar aktiviti yang telah diadakan

Dengan pelbagai program yang telah dilaksanakan, ia juga telah memberi impak yang sangat positif kerana secara tidak langsung, bilangan ahli-ahli perpustakaan turut bertambah dari semasa ke semasa.

Kerana itu, pihak mereka sangat menghargai petugas-petugas DCC daripada GETS kerana mereka telah banyak membantu pihak DCC membangunkan komuniti yang berkualiti dan berkemahiran dalam bidang teknologi demi menyahut seruan kerajaan ke arah pelaksanaan ekonomi digital.

DCC Batu Niah telah mula beroperasi pada tahun 2020 dengan objektifnya adalah;

  • Untuk menyediakan platform perkhidmatan ICT dan sokongan (infrastruktur dan perkhidmaan digital)
  • Untuk meningkatkan kemahiran digital komuniti dan membina kapasiti bakat (Ekonomi Berasaskan Kemahiran)
  • Untuk menawarkan usahawan tempatan dengan Pembangunan sosio-ekonomi dan rantaian bekalan (Keusahawanan Sosial)
  • Untuk meningkatkan kesedaran dan kesediaan digital untuk keperluan semasa dan masa hadpan (Kemasukan Ekonomi Digital).

Antara servis yang ditawarkan oleh DCC Batu Niah ialah;

  • Platform komuniti digital
  • Pusat pembangunan kemahiran dan bakat
  • Penyelidikan dan pembangunan komuniti
  • Perundingan dan kaunseling
  • Bimbingan dan pementoran
  • Pusat pertemuan belia
  • Kemudahan pembelajaran sepanjang hayat
  • Kemudahan bengkel atau seminar
  • Kesambungan internet percuma
  • Pembangunan kepimpinan Masyarakat
- Advertisement -

Latest news

Sarawak’s Digital Construction Revolution

Sarawak’s construction industry is undergoing a transformation shift towards digital construction, driven by technologies like Building Information Modelling (BIM), artificial intelligence (AI), and cloud computing. This revolution is not only enhancing project efficiency and sustainability but also contributing to the state’s broader economic goals. By embracing digital tools, Sarawak is optimizing resource management, reducing environmental impact, and empowering local talent and businesses. Aligned with the Sarawak Digital Economy Blueprint 2030, this digital transformation positions the state as a leader in sustainable development and digital construction, building a prosperous and resilient future for all Sarawakians.
- Advertisement -

A Pathway to Global Competitiveness

The digital transformation of Sarawak’s construction industry is revolutionizing project management, efficiency, and global competitiveness. Through the adoption of advanced technologies such as Building Information Modelling (BIM), artificial intelligence (AI), and the internet of Things (IoT), Sarawak is setting new standards in construction. Key industry players, including PCSS and the Association of Professional Technicians and Technologists (APTT), are driving this change by fostering collaboration across sectors. This transformation aligns with Sarawak’s broader goals outlined in the Digital Economy Blueprint 2030, positioning the state as a leader in digital construction and contributing to its economic development and global stature.

High-Tech Incinerators: A Necessary Solution for Waste Management in Sarawak?

This article explores incinerators in Sarawak’s waste management strategy, examining their benefits, environmental concerns, and alternatives, and how the public should adopt zero-waste practices for a sustainable future.

The Many Applications of AI

A look at real-world applications of artificial intelligence (AI) that are expected or has been creating significant impact.

Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here