26 C
Kuching
Saturday, September 21, 2024

Makmal Prototaip IR 4.0 Bantu Pertumbuhan Ekonomi Pendigitalan

- Advertisement -
- Advertisement -

Dunia kini sedang melalui era Revolusi Industri (IR) 4.0 yang dilihat akan memberi impak besar terhadap masa hadapan di mana segala aktiviti, pergerakan dan keperluan akan mengalami perubahan dari segi keterhubungan yang akan memperlihatkan gabungan diantara dunia fizikal dan digital.

IR 4.0 secara umumnya merangkumi Internet of Things (IOT), simulasi dan realiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan, rantaian bekalan, analisis data dan automasi robot.

Ia berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, revolusi industri kedua yang menjurus kepada elektrik dan revolusi industri ketiga yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT).

Revolusi Industri Keempat ialah automasi berterusan dalam sektor pembuatan dan perindustrian tradisional, menggunakan teknologi pintar yang moden

IR 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia ketika ini memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.

Pertanian pintar, meter pintar, bandar pintar, rumah pintar, kereta pintar, telefon pintar dan banyak lagi elemen pintar telah diterjemahkan di dalam teknologi pintar melalui IR 4.0.

Konsep Industri Revolusi (IR) 4.0 (Gambar: https://mohdfairuzmohdyusof.blogspot.com/2018/10/rancangan-malaysia-kesebelas-dan.html)

Sebagai contoh, MR DIY Group (M) Bhd telah membangunkan gudang robotik e-dagang pertamanya di Sri Kembangan Selangor dengan mengadaptasi IR 4.0 ini.

Gudang robotik tersebut yang menggunakan keseluruhan pelaburan sehingga RM5 juta telah merangsang segmen perniagaan e-dagang terhadap perolehan syarikat.

Teknologi diguna pakai menerusi robot yang diprogramkan itu berjaya meningkatkan kecekapan operasi syarikat sebanyak 200 peratus berbanding kaedah tradisional sebelum ini.

Robotik atau automasi ini telah membantu MR DIY Group (M) Bhd mengatasi masalah melakukan kerja yang berulang-ulang tidak kira apa sahaja terutama yang melibatkan kerja-kerja fizikal pekerja.

Contoh kedua ialah Ladang Vanila di Taman Agro Permatang Pauh Bukit Mertajam Pulau Pinang, satu-satunya ladang vanila yang menggunakan teknologi pintar di negara ini selari dengan era IR 4.0.

Diselia oleh Kairos Agriculture, ladang berkenaan menggunakan teknologi agrikultur 4.0 meliputi teknologi kebendaan, IoT, Kecerdasan Buatan (AI), penggunaan data raya serta pembelajaran mesin dan sistem dron.

Ladang Vanila ini memaksimumkan penggunaan teknologi bagi menjimatkan tenaga kerja dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti vanila yang ditanam.

Sejak 2020, sebanyak 5,000 keratan batang pokok vanila telah ditanam di atas tanah seluas dua (2) ekar atau 0.809 hektar dengan menggunakan teknologi sistem penyiraman yang bertindak secara automatik apabila keadaan cuaca didapati terlalu panas atau kelembapan tanah terlalu kering.

Pada fasa kedua, sebanyak 10 ribu keratan batang vanila ditanam bagi memenuhi permintaan terhadap tumbuhan herba itu yang banyak digunakan dalam industri makanan terutamanya aiskrim dan produk tenusu.

Kairos Agriculture ketika ini memberi tumpuan terhadap eksport vanila ke Jepun dan Singapura, malah sedang mengintai pasaran lebih luas termasuk ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Inilah antara contoh perkembangan teknologi yang dihasilkan melalui IR 4.0 yang dibangunkan melalui teknologi digital tanpa sebarang garis pemisah antara teknologi dengan sistem biologi seperti manusia.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah melancarkan Makmal Prototaip Revolusi Industri (IR) 4.0 pada 13 Jun 2022.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, YB Datuk Julaihi Narawi merasmikan Makmal Prototaip Revolusi Industri (IR) 4.0 pada 13 Jun 2022

Penubuhan makmal ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan strategi Ekonomi Digital negeri ini dan menjadi batu loncatan untuk Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Makmal Prototaip IR 4.0 yang dibangunkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC) akan membantu dalam pertumbuhan industri perindustrian dan perniagaan di Sarawak.

Melalui Makmal Prototaip IR4.0 ini, industri tempatan di negeri ini akan mempunyai kemudahan berpusat yang menyediakan penggunaan IR4.0 yang lebih lengkap.

Selain itu, makmal ini juga akan turut membantu melonjakkan perniagaan mereka ke arah kesediaan IR4.0, sekali gus menjadikan mereka lebih berdaya saing di peringkat global dan seterusnya menarik pelaburan asing.

Makmal ini juga memberi perkhidmatan kepada industri di negeri ini dengan menyediakan teknologi, pakar dan program pembangunan kapasiti tempatan untuk memupuk ekosistem Industri 4.0 yang komprehensif.

Penubuhan Makmal Prototaip IR 4.0 ini akan mengukuhkan lagi pendigitalan ekonomi di Sarawak agar berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Difahamkan, melalui kerjasama tersebut, MTDC menyediakan platform untuk menghubungkan jaringan perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di peringkat nasional dan tempatan bagi memacu kemajuan syarikat pemula (start-up).

Kerjasama antara MTDC dan SEDC ini turut melibatkan pembinaan keupayaan dari segi latihan, keusahawanan serta pemindahan teknologi kepada komuniti PKS.

Pada masa yang sama, kerjasama ini juga adalah untuk membangunkan kemudahan IR 4.0 yang pertama seumpamanya di Sarawak dimana ia turut melibatkan rakan ekosistem MTDC iaitu Akar Indah Engineering Sdn Bhd, T-Robot Sdn Bhd dan 3D GENS Sdn Bhd.

Difahamkan juga, MTDC akan membantu SDEC dalam bidang seperti penerima gunaan dan pemindahan teknologi, pemindahan ilmu, pembangunan kemahiran dan kapasiti rangkaian perniagaan, akses terhadap program utama serta pelaburan.

Namun begitu, untuk melaksanakan penggunaan dan pemindahan teknologi, elemen penting adalah ekosistem di mana Sarawak atau syarikat di bawah MTDC perlu menyumbang dalam mewujudkan ekosistem yang kondusif terutamanya untuk PKS.

- Advertisement -

Latest news

Sarawak’s Digital Construction Revolution

Sarawak’s construction industry is undergoing a transformation shift towards digital construction, driven by technologies like Building Information Modelling (BIM), artificial intelligence (AI), and cloud computing. This revolution is not only enhancing project efficiency and sustainability but also contributing to the state’s broader economic goals. By embracing digital tools, Sarawak is optimizing resource management, reducing environmental impact, and empowering local talent and businesses. Aligned with the Sarawak Digital Economy Blueprint 2030, this digital transformation positions the state as a leader in sustainable development and digital construction, building a prosperous and resilient future for all Sarawakians.
- Advertisement -

A Pathway to Global Competitiveness

The digital transformation of Sarawak’s construction industry is revolutionizing project management, efficiency, and global competitiveness. Through the adoption of advanced technologies such as Building Information Modelling (BIM), artificial intelligence (AI), and the internet of Things (IoT), Sarawak is setting new standards in construction. Key industry players, including PCSS and the Association of Professional Technicians and Technologists (APTT), are driving this change by fostering collaboration across sectors. This transformation aligns with Sarawak’s broader goals outlined in the Digital Economy Blueprint 2030, positioning the state as a leader in digital construction and contributing to its economic development and global stature.

High-Tech Incinerators: A Necessary Solution for Waste Management in Sarawak?

This article explores incinerators in Sarawak’s waste management strategy, examining their benefits, environmental concerns, and alternatives, and how the public should adopt zero-waste practices for a sustainable future.

The Many Applications of AI

A look at real-world applications of artificial intelligence (AI) that are expected or has been creating significant impact.

Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here