29.9 C
Kuching
Tuesday, October 8, 2024

DCC Persiapkan Komuniti Mendepani Perubahan Global

- Advertisement -
- Advertisement -

Ekonomi digital bukanlah satu perkara baharu kerana ia sudah pun bermula sejak lebih 20 tahun yang lalu dengan penubuhan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada 1996 bagi menerajui ekonomi digital Malaysia.

Fokus MDEC adalah untuk memajukan ekonomi digital negara melalui inisiatif seperti pengembangan talian jalur lebar, pembangunan kemahiran teknologi maklumat dan sokongan kepada industri teknologi.

Dalam usaha untuk meningkatkan inovasi dan daya saing negara dalam era digital, MDEC telah menjadi pemangkin utama dalam mewujudkan ekosistem digital yang berkembang di Malaysia, menyokong pelbagai sektor seperti e-dagang, teknologi maklumat dan industri kreatif.

MDEC juga berperanan dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui digitalisasi.

Dalam konteks Sarawak, mungkin kita hanya menyedari era ekonomi digital bermula apabila Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg mengumumkan Strategi Ekonomi Digital (2018-2022) pada penghujung tahun 2017.

Di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022, Kerajaan Sarawak telah membentuk inisiatif untuk mencapai agenda pembangunan digital dengan memberi tumpuan kepada enam bidang utama iaitu pertanian terancang, Industri 4.0, pelancongan, bandar pintar, e-dagang dan kerajaan digital.

Melihat kepada pemerkasaan ekonomi digital di Sarawak, pemboleh (enabler) yang amat penting adalah internet, justeru salah satu matlamat Strategi Ekonomi Digital (2018-2022) untuk merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

Dalam tempoh tiga tahun setelah Strategi Ekonomi Digital (2018-2022) dilancarkan, pada 8 Oktober 2020, Premier Sarawak telah melancarkan 42 Pusat Komuniti Digital (DCC) secara maya semasa Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching.

Penubuhan 42 DCC itu dilihat sebagai medium pemerkasaan kemahiran dan kemampuan rakyat Sarawak dalam transformasi ekonomi digital.

Usaha berkenaan juga adalah sebagai langkah untuk membawa rakyat Sarawak agar tidak ketinggalan dalam dunia arus perdana.

Pelancaran DCC itu diharap akan dapat membina komuniti digital yang lestari serta dapat menguruskan operasi secara berdikari.

Baru-baru ini, RAKAN Sarawak berpeluang menemu bual Ketua Seksyen Pendidikan Komuniti MPHLG, Encik Lloyd Huffman Miko untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan dan pencapaian DCC sejak ia dilancarkan pada 2020.

Ketua Seksyen Pendidikan Komuniti MPHLG, Encik Lloyd Huffman Miko

Menurut beliau, DCC secara langsung telah membantu dalam mempersiapkan komuniti mendepani perubahan serta perkembangan dunia digitalisasi yang bergerak sangat pantas.

Hal ini berlaku apabila DCC sentiasa komited untuk memastikan visinya tercapai dengan membuat perancangan yang objektif, kolaborasi yang pintar serta relevan, ketersediaan kemudahan yang berterusan.

Dan yang paling utama adalah sikap serta kesedaran komuniti untuk bersama-sama membangun nilai diri mereka melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.

Jelas beliau, visi DCC adalah untuk memangkin sosioekonomi masyarakat melalui teknologi digital dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti;

  • Pementoran;
  • Internet percuma;
  • Pusat pertemuan belia;
  • Rundingan atau kaunseling;
  • Kemudahan kerja dan seminar;
  • Pembelajaran sepanjang hayat;
  • Pusat pembangunan kemahiran dan bakat; dan
  • Penyelidikan dan pembangunan masyarakat
DCC berperanan sebagai pusat pembangunan kemahiran dan bakat

Tambah beliau, DCC secara umumnya merupakan satu pusat untuk memberi perkhidmatan perpustakaan kepada komuniti setempat memandangkan perpustakaan statik sedia ada telah dinaik taraf kepada DCC.

Oleh itu, dengan adanya tambah nilai perkhidmatan perpustakaan ini melalui penubuhan DCC, maka sudah semestinya ia telah memberi manfaat yang lebih baik kepada komuniti setempat terutamanya dari aspek perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi.

DCC yang dilengkapi dengan kemudahan capaian internet, peralatan ICT serta adanya perancangan dan pelaksanaan program atau aktiviti yang berasaskan teknologi maklumat, sememangnya memberi manfaat yang amat besar kepada komuniti kumpulan sasar baik di bandar mahupun luar bandar.

DCC di Bawah seliaan MPHLG mengikut DUN dan Parlimen

Perkhidmatan yang disediakan pula adalah percuma dan sekiranya ada bayaran sekalipun adalah pada kadar yang sangat minimum, contohnya perkhidmatan cetakan.

DCC juga aktif menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi atau institusi luar sama ada kerajaan atau swasta bagi tujuan latihan, seminar, bengkel, riadah dan sebagainya.

Melalui kerjasama ini, ia dapat mendedah, menyedia, mendorong dan membantu komuniti setempat untuk turut serta di dalam perkembangan teknologi maklumat.

Hal ini secara langsung akan memberi peluang kepada komuniti setempat untuk turut mengambil bahagian di dalam ekonomi digital agar keterangkuman kemajuan sosioekonomi dapat dicapai.

Menurut beliau, secara amnya, pengguna DCC boleh dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu pengguna kendiri (independent) dan pengguna berasaskan aktiviti atau program (program-based).

Kategori pengguna kendiri boleh dianggap sebagai pengguna perpustakaan atau ahli perpustakaan yang mengunjungi perpustakaan atau DCC dengan tujuan pembelajaran atau pembacaan kendiri.

Maka kemudahan yang disediakan di DCC akan turut digunakan oleh golongan ini terutamanya perkhidmatan internet (wifi) dan juga komputer.

Bagi kategori pengguna berasaskan aktiviti atau program pula, golongan ini datang ke DCC untuk tujuan mengikuti kelas, seminar, bengkel dan lain-lain aktiviti atau program yang seumpamanya.

Pelaksanaan aktiviti atau program ini adalah melalui kolaborasi dengan pihak luar atau dianjurkan oleh DCC tersebut dengan mengguna pakai kemudahan yang ada dengan bentuk atau aspek program adalah berasaskan digital merangkumi aspek pendidikan, keusahawanan, budaya dan sukan.

DCC bertindak sebagai Pusat Satelit MYFutureJobs

Kita semua maklum bahawa Sarawak merupakan sebuah wilayah yang sangat besar dan taburan penduduk yang meluas menjadikan pembangunan secara menyeluruh tidak dapat dilaksanakan dengan sekelip mata kerana berdepan dengan isu geografi dan logistik.

Justeru, inisiatif projek DCC yang dilaksanakan di dalam perancangan Ekonomi Digital di bawah teras Inklusiviti Digital ini diwujudkan agar capaian agenda pembangunan ini turut dapat dinikmati oleh komuniti luar bandar.

Hasrat ini dapat dicapai dengan memastikan kemudahan atau kemudahan ICT mendapat tempat di kawasan pendalaman dan perancangan atau pelaksanaan program di DCC.

Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah bahawa program yang dijalankan di DCC kebanyakannya menjurus kepada memberi pendedahan, pengetahuan, kemahiran dan mengaplikasikan teknologi digital di dalam kehidupan seharian.

Sudah tentu ianya bertujuan agar komuniti luar bandar berjalan seiring dengan komuniti bandar dari segi pendidikan, daya fikir, capaian kepada perkhidmatan kerajaan dan peningkatan sosioekonomi bagi memastikan tiada seorang pun yang ketinggalan.

Penubuhan DCC adalah langkah untuk membawa rakyat Sarawak agar tidak ketinggalan dalam dunia arus perdana

- Advertisement -

Latest news

Sarawak’s Digital Construction Revolution

Sarawak’s construction industry is undergoing a transformation shift towards digital construction, driven by technologies like Building Information Modelling (BIM), artificial intelligence (AI), and cloud computing. This revolution is not only enhancing project efficiency and sustainability but also contributing to the state’s broader economic goals. By embracing digital tools, Sarawak is optimizing resource management, reducing environmental impact, and empowering local talent and businesses. Aligned with the Sarawak Digital Economy Blueprint 2030, this digital transformation positions the state as a leader in sustainable development and digital construction, building a prosperous and resilient future for all Sarawakians.
- Advertisement -

A Pathway to Global Competitiveness

The digital transformation of Sarawak’s construction industry is revolutionizing project management, efficiency, and global competitiveness. Through the adoption of advanced technologies such as Building Information Modelling (BIM), artificial intelligence (AI), and the internet of Things (IoT), Sarawak is setting new standards in construction. Key industry players, including PCSS and the Association of Professional Technicians and Technologists (APTT), are driving this change by fostering collaboration across sectors. This transformation aligns with Sarawak’s broader goals outlined in the Digital Economy Blueprint 2030, positioning the state as a leader in digital construction and contributing to its economic development and global stature.

High-Tech Incinerators: A Necessary Solution for Waste Management in Sarawak?

This article explores incinerators in Sarawak’s waste management strategy, examining their benefits, environmental concerns, and alternatives, and how the public should adopt zero-waste practices for a sustainable future.

The Many Applications of AI

A look at real-world applications of artificial intelligence (AI) that are expected or has been creating significant impact.

Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here