25.5 C
Kuching
Sunday, January 29, 2023

Malaysia Berpotensi Menjadi Perintis Fintech Islam

- Advertisement -
- Advertisement -

Malaysia diyakini menjadi perintis dalam bidang kewangan digital atau fintech Islam di peringkat dunia berdasarkan kedudukan negara ini sebagai peneraju dalam sektor kewangan Islam.

Menurut Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Datuk Wira Dr. Rais Hussin, Malaysia juga berada di kedudukan kukuh untuk merebut pelbagai peluang yang ditawarkan oleh fintech Islam.

Berdasarkan maklumat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pinjaman bank-bank Islam telah berkembang sebanyak 8.9 peratus dari tahun ke tahun pada 2018 berbanding dengan 2.5 peratus yang dijana oleh bank-bank konvensional.

Jelas beliau, data daripada IMF tersebut menunjukkan peningkatan permintaan di peringkat global terhadap perkhidmatan kewangan yang patuh Syariah.

Beliau menambah, kewangan Islam telah bertapak teguh di Malaysia, iaitu mewakili 32 peratus kewangan kepada para pelanggan.

Walau bagaimanapun, menurut IMF, fintech Islam di Malaysia masih berada di peringkat awal dengan hanya penglibatan segelintir kecil syarikat pemula niaga (start-up) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Datuk Wira memaklumkan, kedua-dua kelompok dalam sektor perniagaan berkenaan juga tidak tangkas dalam melonjakkan potensi transformasinya berbanding dengan negara-negara lain seperti Indonesia.

Beliau bagaimanapun menyifatkan bahawa pertumbuhan fintech Islam di negara ini akan memberi impak terhadap pembangunan di kawasan luar bandar, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.

Pertumbuhan tersebut juga menurut beliau akan menjadi tunjang bagi masyarakat Melayu dari segi peluang penyertaan kewangan unik yang dapat memastikan golongan ini mampu meningkatkan sumbangan terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara.

Di peringkat global, United Kingdom (UK) kini mendahului Malaysia, Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam perkembangan fintech Islam, iaitu sebanyak 27 fintech Islam yang sedang berkembang seperti yang dilaporkan oleh Fintech Futures pada Ogos 2020.

Setakat Julai 2020, IFN Fintech, iaitu sebuah rangkaian global yang mewakili segmen fintech Islam memaklumkan bahawa sebanyak 142 fintech Islam direkodkan di seluruh dunia.

Setakat ini, Malaysia mempunyai 19 start-up fintech Islam, diikuti UAE (15), Indonesia (13) dan Arab Saudi (9).

Perkembangan fintech Islam di UK menyaksikan syarikat-syarikat yang mesra Islam mula berminat dalam segmen kewangan Islam.

Sebuah platform e-kewangan patuh Syariah, iaitu My Ahmed telah dimasukkan ke sandbox pengawalseliaan (regulatory sandbox) Financial Conduct Authority (FCA) di negara tersebut pada Julai lepas.

Pada bulan yang sama, platform pinjaman rakan kepada rakan (P2P) Islam, iaitu Qardus telah melancarkan perkhidmatannya di UK.

Begitu juga Minted yang merupakan sebuah platform perdagangan emas patuh Syariah termasuk Kestrl, perbankan alternatif patuh syariah telah merancang untuk melancarkan bank digital pada tahun 2021.

Sejak Januari tahun ini, aplikasi perbankan Islam, Niyah dan bank digital patuh Syariah, Rizq juga telah dilancarkan di UK.

- Advertisement -

Latest news

Investing In Sustainable Food Packaging

As plastic food packaging is becoming the biggest treats to the environment; technology plays a vital role in producing sustainable food packaging to minimize the environmental footprint of packed food.
- Advertisement -

Kelebihan dan Kelemahan Perbankan Internet

Perubahan teknologi telah memberi kesan yang besar ke atas perkembangan ekonomi secara global dan tidak terkecuali, sektor perbankan turut merasi kesannya sehingga wujudnya satu alternatif iaitu perkhidmatan perbankan internet.

Digital Minimalism And Intentional Use Of Technology

Digital minimalism refers to a specific application of the general minimalist philosophy to the role of technology in our lives.

Aplikasi Digital Mudahkan Pengurusan Kewangan Harian

Berada di era Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang melibatkan teknologi automasi telah memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara kita yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.

Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here