25 C
Kuching
Saturday, August 13, 2022

Kerajaan Pertimbang Kaji Semula Dasar Teknologi Kewangan Sedia Ada

- Advertisement -
- Advertisement -

Kerajaan akan mempertimbang untuk mengkaji semula dasar kewangan sedia ada bagi menangani beberapa isu dalam sektor berkenaan, biarpun Malaysia mencatatkan kemajuan yang cukup besar dalam penerapan aplikasi teknologi kewangan ataupun fintech ke arah penyertaan kewangan.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan YB Mohd Shahar Abdullah, antara dasar yang bakal dikaji termasuklah dasar bagi mengatasi jurang teknologi antara generasi, ketersediaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengguna pakai perkhidmatan kewangan digital serta memajukan sektor ekonomi halal menerusi platform digital.

Berdasarkan rekod, lebih daripada 85 peratus populasi negara ini yang berusia 15 tahun ke atas mempunyai akses ke akaun kewangan.

Beliau memberi jaminan bahawa kerajaan komited dalam memastikan setiap individu di Malaysia mempunyai peluang sama rata untuk mengakses perkhidmatan kewangan.

Menyentuh mengenai kewangan Islam, YB Mohd Shahar memaklumkan bahawa Malaysia terus mengekalkan kedudukan pada tahun lepas sebagai perintis global dalam kewangan Islam dengan menguasai 20 peratus daripada aset kewangan Islam global selain mengekalkan kedudukan sebagai penerbit sukuk teratas dengan penguasaan 36.8 peratus daripada jumlah tertunggak sukuk global 2019.

Pencapaian tersebut disumbangkan oleh beberapa faktor pelaksanaan inisiatif merangkumi perbankan, takaful atau insurans, pasaran modal dan kewangan alternatif telah dikenal pasti oleh kesinambungan dan kerjasama dasar dalam kalangan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang berlainan dalam satu jangka masa.

YB Mohd Shahar memaklumkan perkembangan tersebut dalam ucaptama beliau sebelum melancarkan laporan Bank Dunia mengenai “Islamic Finance and Financial Inclusion in Malaysia” dan “Memanfaatkan Teknologi Kewangan (Fintech) Untuk Meningkatkan Penyertaan Kewangan” di Kuala Lumpur pada 7 Oktober 2020.

Majlis tersebut yang berlangsung secara maya diadakan sempena Forum Kemampanan dan Keterangkuman Kewangan dalam talian anjuran bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia selama empat hari.

- Advertisement -

Latest news

Inovasi Perkasa PMKS

Sumbangan sektor perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kekal signifikan kepada negara dan melalui inovasi yang diterapkan dalam operasi PMKS, sektor ini akan terus berdaya tahan. Sumbangan KDNK PMKS diunjurkan meningkat pada kadar purata satu hingga 1.5 peratus setiap tahun.
- Advertisement -

Masalah dan Penyelesaian Bagi Komputer ‘Slow Down’

Topik ‘Masalah dan Penyelesaian Bagi Komputer “Slow Down’’ ini telah disampaikan oleh Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Samarahan semasa Program Randau Digital yang diadakan di Kampung Nyabor, Kabong pada 26 Julai 2022.

Konsep Asas Internet

Menggunakan internet maklumat diperolehi lebih cepat dan murah selain dapat mengurangkan perbelanjaan kertas dan kos pengeluaran serta penyebaran kerana pengguna boleh mendapatkan buku, majalah, brosur dan sebagainya di internet.

Sarawak Digital Bantu Syarikat Permulaan

Ekosistem Digital dan Inovasi Sarawak atau singkatannya Sarawak Digital merupakan salah satu inisiatif pemangkin yang dilaksanakan SDEC sejajar dengan Strategi Ekonomi Digital Sarawak (2018-2022) dan Strategi Pembangunan Pasca COVID (PCDS) 2030 ke arah mencapai Sarawak maju menjelang 2030.

Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here