26.6 C
Kuching
Tuesday, December 5, 2023

Bas Elektrik Lebih Mesra Alam dan Menjamin Keselesaan Penumpang

- Advertisement -
- Advertisement -

Baru-baru ini, beberapa orang penulis RAKAN Sarawak berkesempatan merasai sendiri pengalaman menaiki bas elektrik 103 dari Kuching ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Penulis RAKAN Sarawak bukan sekadar ingin merasakan keseronokan menaiki bas elektrik tersebut, sebaliknya ingin mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan, kelebihan dan komponen-komponen penting yang terdapat dalam bas elektrik itu.

Untuk tujuan tersebut, RAKAN Sarawak telah mengambil kesempatan beramah mesra dengan salah seorang pemandu bas elektrik iaitu Encik Joseph Chua, 66 tahun yang sudah memiliki lebih 20 tahun pengalaman memandu bas.

Menurut beliau, bas elektrik yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak mempunyai banyak kelebihan salah satunya ialah, ia adalah mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap yang boleh menyebabkan pencemaran udara memandangkan ia digerakkan oleh tenaga elektrik.

Selain dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar, penggunaan bas elektrik juga tidak menghasilkan bunyi bising berbanding bas biasa yang menggunakan enjin diesel.

Dengan itu, penumpang akan berasa lebih selesa kerana tidak ada gangguan bunyi enjin dan tidak ada gegaran ketika bas sedang bergerak.

Salah satu kelebihan bas elektrik ini juga menurut beliau ialah, ia sangat jimat daripada segi bahan api kerana bas elektrik hanya menggunakan bateri cas pantas yang hanya mengambil masa enam hingga lapan jam untuk dicas dan boleh bertahan selama satu hari.

Beliau berasa bangga kerana Sarawak ialah negeri pertama di Malaysia yang telah memperkenalkan bas yang digerakkan oleh tenaga elektrik dan bagi RAKAN Sarawak, ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan Sarawak yang kini sedang memberi penekanan terhadap pembangunan lestari.

Untuk pengetahuan orang ramai, perkhidmatan bas elektrik ini meliputi 54 buah perhentian bas yang akan berulang alik dari Dewan Undangan Negeri (DUN) lama ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Sambil beramah mesra dengan Encik Joseph, beliau telah membawa RAKAN Sarawak melihat komponen-komponen penting bas elektrik yang turut dilengkapi dengan teknologi-teknologi terkini.

Encik Joseph Chua menunjukkan tempat mengecas bateri bas elektrik

Antaranya, beliau telah menunjukkan kedudukan sistem automasi pengumuman hentian bas, sistem kawasan kandungan penyiaran, kaunter video kiraan penumpang, Sistem Pengesanan Kedudukan Global (GPS) dan sistem kawalan penyiaran kandungan tepat masa.

Bas elektrik dilengkapi enam kamera litar tertutup (CCTV)

Selain itu, beliau juga menunjukkan kedudukan enam kamera litar tertutup (CCTV) yang ada pada bas tersebut yang bertujuan untuk memastikan keselamatan para penumpang adalah terjamin selain perkhidmatan WiFi percuma tanpa had untuk dimanfaatkan oleh para penumpang.

Perkhidmatan WiFi percuma tanpa had dalam bas elektrik

Salah satu keistimewaan dalam bas elektrik yang dapat dilihat oleh RAKAN Sarawak ialah, bas elektrik ini turut menyediakan ruang untuk meletakkan basikal lipat yang membolehkan penunggang basikal membawa basikal lipat mereka menaiki bas elektrik ini menuju destinasi yang hendak ditujui.

Ruang untuk meletakkan basikal lipat penumpang

Dengan adanya kemudahan tersebut, penunggang basikal kini boleh menunggang basikal mereka dari rumah masing-masing sehingga ke perhentian bas, seterusnya mereka boleh menaiki bas elektrik bersama basikal lipat mereka.

Selain itu, keistimewaan bas elektrik ini berbanding bas yang sedia ada ialah, ia turut menawarkan perkhidmatan mesra penumpang dengan menyediakan ruang kerusi roda untuk penumpang daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ruang kerusi roda untuk penumpang dari golongan Orang Kurang Upaya (OKU)

Sebuah aplikasi telefon pintar dikenali sebagai ‘Kuching Metro 2.0’ yang boleh dimuat turun melalui IOS dan Android turut dibangunkan bagi membolehkan pengguna bas mendapat pemantauan tepat masa lokasi bas dan jangkaan masa ketibaan bas.

Sedikit komen yang diterima daripada penumpang bas elektrik ini ialah, Kerajaan Sarawak perlu menambah hentian bas di lokasi-lokasi penting seperti di Hospital Umum Sarawak (HUS), UTC, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang awam.

Namun demikian, tidak dinafikan bahawa inisiatif memperkenalkan bas elektrik ini merupakan contoh terbaik usaha Kerajaan Sarawak untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar, justeru orang ramai patut menghargainya dengan menyokong sistem pengangkutan awam ini.

- Advertisement -

Latest news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.
- Advertisement -

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.

Related news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here