24.1 C
Kuching
Saturday, October 23, 2021

Penggunaan IoT Pacu Sektor Pertanian Sarawak

- Advertisement -
- Advertisement -

Kerajaan Sarawak begitu komited dalam usaha mentransformasikan sektor pertanian menggunakan teknologi terkini dan amalan pintar untuk menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan menjelang 2030.

Sarawak mempunyai potensi yang besar dalam sektor pertanian kerana keadaan alam semula jadinya yang mempunyai tanah yang kaya dengan mineral, corak taburan hujan yang baik dan bekalan air mencukupi untuk pertumbuhan tanaman.

Namun begitu, kegiatan pertanian yang dijalankan secara tradisional di negeri ini tidak dapat meningkatkan hasil yang memuaskan malah menyebabkan para petani akan ketinggalan jauh daripada segi produktiviti dan pendapatan berbanding kegiatan pertanian di negara lain.

Oleh kerana itu, Kerajaan Sarawak telah membangunkan sektor pertanian secara komprehensif antaranya memperkenalkan konsep pertanian pintar yang menggunakan teknologi canggih seperti internet untuk segalanya (IoT) bagi meningkatkan pengeluaran, kecekapan sumber dan kualiti hasil tani.

Penggunaan IoT dalam aktiviti pertanian berupaya memacu sektor pertanian di negeri ini sekaligus akan memberi peluang dan platform kepada masyarakat terutama kumpulan petani untuk memajukan diri. Sistem IoT merangkumi sensor yang akan membantu petani memantau serta mengawal input baja, suhu dan kelembapan menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi yang dicipta khas dan sistem ini sangat mesra pengguna dan senang dikendalikan.

Bukan semua kawasan di negeri Sarawak mempunyai tanah yang subur dan struktur yang baik untuk menjalankan kegiatan pertanian, namun dengan adanya teknologi, masalah tersebut dapat diatasi.

Kaedah pertanian pintar membawa banyak kelebihan antaranya penjimatan tenaga di mana petani boleh menguruskan ladang atau tanaman seperti kerja-kerja pembajaan dan pengairan menerusi telefon pintar mereka.

Tambahan pula dengan penerapan sistem IoT dalam pertanian telah dapat meningkatkan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman serta menjana pendapatan yang tinggi sekaligus melahirkan tenaga mahir dalam bidang pertanian.

Kerajaan Sarawak melalui Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) telah melaksanakan projek perintis iaitu Pertanian Pintar yang menggunakan teknologi IoT di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Rampangi, Kuching.

TKPM Rampangi telah mula beroperasi pada 2018 di kawasan seluas 20 ekar dan daripada jumlah itu, 8 ekar diperuntukkan bagi tujuan penanaman fertigasi membabitkan 40 plot fertigasi majoritinya diusahakan dengan tanaman cili, timun, tomato dan tembikai wangi.

Dalam projek ini, para petani telah diperkenalkan dengan kaedah pertanian yang berasaskan penggunaan peralatan seperti mesin fertigasi automatik, sensor untuk mendapatkan data dan bacaan terkini kondisi tanah, alat perangkap makhluk perosak, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), stesen kaji cuaca dan, platform web serta aplikasi dalam alat peranti.

Melalui penggunaan teknologi IoT ini, para petani bukan sajaboleh mengakses maklumat-maklumat penting tetapi juga dapat mengetahui keperluan-keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tanaman mengikut peringkat pertumbuhan tanaman dan keadaan cuaca. Menurut pihak SMA, projek perintis yang diusahakan oleh 14 orang petani sejak awal tahun lepas telah memampukan mereka meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM20 ribu sebulan.

Kerana itu, SMA sangat komited membangunkan projek perintis ini malah akan terus memastikan kajian penyelidikan mengenai penerapan teknologi baharu dan teknik penalaan halus (fine-tuning) pada pertanian pintar akan terus digilap. Tujuannya ialah untuk meningkatkan pengeluaran hasil dan kualiti tanaman selain menjana pendapatan para petani ke arah yang lebih baik, serta melahirkan tenaga mahir dalam bidang pertanian yang lebih berdaya saing.

- Advertisement -

Latest news

Penduduk Teruja dan Sambut Baik Penubuhan DCC Baji Jaya

Penerimaan dan sambutan orang ramai jelas sekali menunjukkan bahawa penduduk sekitar amat teruja serta menyambut baik penubuhan DCC di Kampung Baru Seberang Sarikei.
- Advertisement -

Masyarakat Lundu Tidak Ketinggalan Dalam Bidang Teknologi Digital

DCC Sebiris dan Sebako dilengkapi dengan WiFi; dua (2) unit komputer; satu (1) unit laptop; tiga (3) unit tablet; satu (1) unit pojektor; satu (1) unit TV Pintar; satu (1) unit webcam; dan satu (1) unit mesin pencetak A4.

SALURAN Capai 99.9% Liputan Jalur Lebar

mySRBN adalah inisiatif untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan pedalaman dan bandar Sarawak setelah bertahun lamanya, penduduk di daerah terpencil menyuarakan tentang keperluan untuk mempunyai internet berkelajuan tinggi.

Perpustakaan Desa Diperkasa Sebagai Pusat Komuniti Digital

Bagi melatih petugas-petugas yang bertugas di DCC, perancangan dan pelaksanaan latihan disediakan secara bersama oleh pihak KPKT, PBT dan agensi-agensi lain seperti Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) untuk pelatih program GETS.

Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here