32.1 C
Kuching
Friday, September 24, 2021

Guna Cara Tepat Untuk Kenal Pasti Maklumat Salah

- Advertisement -
- Advertisement -

Tahukah anda bahawa internet telah menjadi medium utama masyarakat menjalankan pelbagai urusan seharian, tetapi dengan wujudnya laman sosial seperti Facebook (FB), Instagram (IG), Twitter, Portal, Youtube dan sebagainya, kini timbul pula isu penyebaran maklumat salah.

Akibat daripada penyalahgunaan internet yang berleluasa, ramai orang menggunakan laman sosial untuk menyebarkan pelbagai maklumat salah termasuk berita berkenaan COVID-19, vaksin, darurat, isu-isu perkauman, agama, politik dan sebagainya.

Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menangkis segala permasalahan tersebut dengan cara berhenti mempercayai serta menyebarkan maklumat yang salah.

Pada zaman ledakan maklumat hari ini, semua kita harus mempunyai kemahiran untuk mengenal pasti maklumat yang salah dengan cara menguasai Literasi Media dan Maklumat (LMM).

Literasi maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan, merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif.

Antara sebab kita perlu menguasai LMM ialah kerana ia dapat menambah kemahiran kita menggunakan pelbagai sumber; membantu kita membuat keputusan yang baik; mendapat hasil kerja berkualiti; menjadikan kita celik maklumat; dan dapat membantu kita mengenal maklumat yang sahih.

Sebaliknya, implikasi jika kita tidak menguasai LMM ialah; kita akan mudah mempercayai maklumat yang salah; terdedah kepada ‘scammer’; menggugat keharmonian dan keselamatan negara; dan tidak bijak untuk membezakan antara maklumat salah dan sahih.

Pada dasarnya, pemeriksaan fakta bukan hanya untuk golongan profesional sahaja kerana setiap hari, orang ramai perlu mencari bukti untuk mengesahkan atau menolak sebilangan maklumat yang mereka tidak pasti.

Selain menguasai LMM, terdapat beberapa cara mudah yang lain dapat membantu kita mengenal pasti maklumat yang salah terutama dalam talian dengan lebih baik.

Pertama ialah, kita harus menilai sama ada gambar yang digunakan dalam sesebuah artikel adalah dalam konteks yang betul atau tidak kerana seringkali gambar juga boleh diambil di luar konteks artikel atau diedit untuk tujuan mengelirukan orang ramai.

Untuk menyemak gambar tersebut, kita dapat melakukan pencarian menggunakan gambar tersebut dengan ‘klik’ di sebelah kanan gambar dan pilih “cari dengan imej di Google”.

Carian sesuatu topik boleh dilakukan di news.google.com

Langkah ini bertujuan untuk memeriksa sama ada gambar itu pernah muncul dalam talian atau tidak, dan dalam konteks apa, supaya kita dapat tahu jika gambar itu telah diubah dari makna asalnya.

Cara yang kedua ialah, kita harus mencari liputan berita daripada pelbagai sumber kemudian buat perbandingan dengan laman berita lain yang melaporkan acara yang sama sehingga anda dapat memperoleh gambaran yang lengkap.

Berbalik kepada mod berita atau carian topik di news.google.com., pastikan anda klik pada “liputan penuh” jika pilihannya adalah tersedia.

Kaedah yang ketiga ialah, rujuk kepada penyemak fakta kerana pemeriksa fakta mungkin telah membincangkan kisah rawak yang dihantar kepada anda dalam ruang sembang berkumpulan untuk mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku.

Akibat penyalahgunaan internet, laman sosial telah digunakan untuk menyebar pelbagai maklumat salah
Anda boleh menyemak fakta di ‘Fact Check Explorer’

Untuk menyemak fakta, anda boleh mencari topik di Fact Check Explorer yang mengumpulkan lebih daripada 100,000 pemeriksaan fakta dari penerbit terkemuka di seluruh dunia.

Selain daripada kaedah yang dinyatakan di atas, masyarakat juga perlu meningkatkan tahap kesedaran mereka untuk menyiasat dan menapis maklumat supaya tidak mudah terpedaya dengan kemunculan sesuatu maklumat yang belum pasti kesahihannya.

Seboleh-bolehnya, kita jangan hanya bergantung kepada satu sumber sahaja kerana banyak sumber lain yang boleh dirujuk misalnya agensi berita rasmi kerajaan dan media arus perdana.

Adalah penting untuk setiap maklumat disemak dan ditapis terlebih dahulu sebelum mempercayainya dan dipanjangkan kepada pihak ketiga.

Terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil untuk membendung penyebaran maklumat salah ini iaitu, jangan mudah percaya kepada maklumat yang tidak sahih.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sering mengingatkan rakyat di negara ini agar tidak mudah percaya atau menyebarkan berita yang belum ditentukan kesahihannya kerana dibimbangi ia adalah maklumat yang salah atau tidak benar.

Hal ini sangat ditekankan kerana, antara sebab maklumat tersebar luas adalah untuk mendapatkan keuntungan dalam bentuk wang berdasarkan jumlah pengguna media sosial yang membaca atau menontonnya video yang dimuat naik.

Berita palsu yang mengandungi maklumat salah juga seringkali direka kerana ada niat jahat untuk menimbulkan rasa marah, benci dan tidak percaya kepada sesuatu pihak atau individu.

Ini merupakan satu bentuk provokasi agar ada respons daripada netizen untuk membalas atau meninggalkan komen, dan apabila berbalas komen dalam keadaan marah, kita akan menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya dan menokok tambah perkara tidak benar.

Selain itu, kita juga diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat yang belum terbukti kebenarannya dan berfikir dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan.

Perlu diingat, sekiranya anda didapati bersalah kerana menyebarkan maklumat salah dan palsu, tindakan undang-undang akan diambil di mana pesalah akan didenda sebanyak RM50, 000 dan di penjara selama satu (1) tahun.

- Advertisement -

Latest news

Penduduk Teruja dan Sambut Baik Penubuhan DCC Baji Jaya

Penerimaan dan sambutan orang ramai jelas sekali menunjukkan bahawa penduduk sekitar amat teruja serta menyambut baik penubuhan DCC di Kampung Baru Seberang Sarikei.
- Advertisement -

Masyarakat Lundu Tidak Ketinggalan Dalam Bidang Teknologi Digital

DCC Sebiris dan Sebako dilengkapi dengan WiFi; dua (2) unit komputer; satu (1) unit laptop; tiga (3) unit tablet; satu (1) unit pojektor; satu (1) unit TV Pintar; satu (1) unit webcam; dan satu (1) unit mesin pencetak A4.

SALURAN Capai 99.9% Liputan Jalur Lebar

mySRBN adalah inisiatif untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan pedalaman dan bandar Sarawak setelah bertahun lamanya, penduduk di daerah terpencil menyuarakan tentang keperluan untuk mempunyai internet berkelajuan tinggi.

Perpustakaan Desa Diperkasa Sebagai Pusat Komuniti Digital

Bagi melatih petugas-petugas yang bertugas di DCC, perancangan dan pelaksanaan latihan disediakan secara bersama oleh pihak KPKT, PBT dan agensi-agensi lain seperti Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) untuk pelatih program GETS.

Related news

Penduduk Teruja dan Sambut Baik Penubuhan DCC Baji Jaya

Penerimaan dan sambutan orang ramai jelas sekali menunjukkan bahawa penduduk sekitar amat teruja serta menyambut baik penubuhan DCC di Kampung Baru Seberang Sarikei.

Masyarakat Lundu Tidak Ketinggalan Dalam Bidang Teknologi Digital

DCC Sebiris dan Sebako dilengkapi dengan WiFi; dua (2) unit komputer; satu (1) unit laptop; tiga (3) unit tablet; satu (1) unit pojektor; satu (1) unit TV Pintar; satu (1) unit webcam; dan satu (1) unit mesin pencetak A4.

SALURAN Capai 99.9% Liputan Jalur Lebar

mySRBN adalah inisiatif untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan pedalaman dan bandar Sarawak setelah bertahun lamanya, penduduk di daerah terpencil menyuarakan tentang keperluan untuk mempunyai internet berkelajuan tinggi.

Perpustakaan Desa Diperkasa Sebagai Pusat Komuniti Digital

Bagi melatih petugas-petugas yang bertugas di DCC, perancangan dan pelaksanaan latihan disediakan secara bersama oleh pihak KPKT, PBT dan agensi-agensi lain seperti Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) untuk pelatih program GETS.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here