Indeks Bangunan Hijau mungkin masih asing dalam masyarakat kita ekoran pembangunan yang sering berlaku malah elemen ini telah diterapkan oleh beberapa buah negara maju dalam menjimatkan tenaga dan air.
Kawasan Indeks Bangunan hijau ini terkenal dengan persekitaran hijau di mana kawasan yang membangun masih mengekalkan pembangunan hijau yang inovatif turut menggalakkan pelestarian alam dalam persekitaran yang dibina berbanding dengan kawasan komersial yang lain.
Ciri Indeks Bangunan Hijau ini memainkan peranan penting pada infrastruktur yang dibina dan memiliki fungsi tersendiri yang harus memiliki kecekapan struktur nyata yang boleh jelas diukur dalam penggunaan sumber seperti tenaga dan air untuk melindungi kesihatan dan kesejahteraan penghuni dan meningkatkan produktiviti pekerja.
Singapura merupakan negara dalam Asia yang mulai menerapkan prinsip-prinsip bangunan hijau dalam infrastruktur pembangunan mereka sejak tahun 2005 di mana mereka telah mencatatkan 2100 projek bangunan hijau di negara itu.

Malaysia telah melaksanakan indeks bangunan hijau sebagai konsep pembangunan dengan menerapkan pembangunan lestari dilengkapi fungsi yang praktikal dan mengekalkan konsep mesra alam kepada pengguna yang mementingkan iklim, pembangunan sosial, infrastruktur dan ekonomi Malaysia.
Di Sarawak, beberapa bangunan utama mula dibangunkan dengan memperkenalkan kaedah Indeks Bangunan Hijau.
Malah, di bawah Indeks Bangunan Hijau, Sarawak turut implementasikan teknologi hijau sejajar dengan dasar teknologi hijau Negara yang mengaspirasikan teknologi hijau sebagai suatu pencetus perkembangan ekonomi negara.
Untuk itu, Sarawak telah melakukan inovasi teknologi hijau baharu dengan memperkenalkan Bas elektrik pertama di Sarawak.

Antara infrastruktur bangunan di Sarawak yang mengguna pakai Indeks Bangunan Hijau adalah Menara Sarawak Energy Berhad yang dibina pada 2013, Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) Kampus Sibu dan Muzium Sarawak yang baharu.
Inisiatif kerajaan Sarawak telah menawarkan konsep bangunan pintar yang turut mengaplikasikan konsep bangunan hijau telah diimplementasikan pada pembangunan bangunan baharu Majlis Bandaraya Miri (MBM).
Selain bangunan baharu MBM, konsep yang sama juga diterapkan pada Bangunan IAC Sarikei.
Masyarakat perlu peka akan kepentingan indeks bangunan hijau untuk mengelakkan perubahan iklim yang drastik bagi mengurangkan pemanasan global.

Kesimpulannya, reka bentuk bangunan yang serba moden diselaraskan dengan melaksanakan pembangunan hijau dan pembangunan pintar melambangkan kemajuan bandar-bandar di Sarawak dalam meningkatkan kualiti dalam kemajuan teknologi dan ekonomi.