26.6 C
Kuching
Tuesday, December 5, 2023

MyReskill IoT Bantu Industri Tingkatkan Produktiviti

- Advertisement -
- Advertisement -

Penggunaan teknologi bukan saja telah menjadi penyelesaian terbaik bagi syarikat untuk kekal berdaya saing malah, penggunaan teknologi yang lebih tinggi dalam syarikat-syarikat pelbagai saiz membuka peluang yang lebih luas untuk memacu pertumbuhan produktiviti negara.

Syarikat-syarikat pelbagai saiz di negara ini juga boleh mengurangkan kebergantungan mereka terhadap pekerja asing dengan penggunaan teknologi baru seperti menggunakan sistem robotik, teknologi automasi dan inovasi.

Program MyReskill IoT bantu industri meningkatkan produktiviti melalui pendigitalan

Sebagai contoh, penggunaan teknologi sistem binaan berindustri (IBS) yang dikenali sebagai pembinaan pasang siap telah dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dalam sektor pembinaan.

Malah, penggunaan teknologi automasi, robotik dan inovasi juga dapat membantu meningkatkan pengeluaran produktiviti berkualiti, seterusnya bersaing di pasaran global yang lebih kompetitif dalam jangka masa panjang.

Ketua Pengarah MPC YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman

Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pengarah MPC YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman, peranan inovasi teknologi dalam meningkatkan produktiviti kini telah diterima di peringkat global.

Jelas beliau, dalam Laporan OECD 2021 Tinjauan Ekonomi Malaysia (ES 2021) yang dilancarkan baru-baru ini, penggunaan teknologi dalam kalangan perniagaan perlu ditingkatkan lagi untuk memacu pertumbuhan produktiviti.

Oleh itu, usaha untuk mencapai tahap pendigitalan yang lebih tinggi perlu digandakan ke arah produktiviti yang lebih baik, katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Program MyReskill IoT Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang diadakan secara maya pada 2 September 2021.

Produktiviti yang lebih tinggi mendorong kenaikan gaji pekerja

Program anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui Nexus Produktiviti Elektrik dan Elektronik (EEPN) itu bertujuan untuk meningkatkan penggunaan teknologi dalam kalangan syarikat daripada pelbagai saiz dan sektor ekonomi yang berkaitan sesuai dengan temanya iaitu ‘Peningkatan Produktiviti melalui Digitalisasi’.

Menurut beliau, peserta Program MyReskill akan mengikuti modul secara dalam talian selama lima hari dan berpeluang mendalami teknologi IoT serta pengetahuan teknikal bagi pelaksanaan syarikat masing-masing.

Selepas sesi dalam talian, para peserta akan membangunkan projek Proof-Of-Concept (POC) dalam masa seminggu melalui bimbingan MPC, pusat teknologi dan rakan teknologi.

Beliau memaklumkan bahawa Program MyResklii IoT kali ini turut disertai dengan pembentangan projek POC oleh Swift Bridge Technologies Sdn. Bhd.

Pembentangan ini akan menerangkan bagaimana penggunaan IoT telah membolehkan syarikat Swift Bridge Technologies Sdn. Bhd. mendigitalkan tugas yang sebelum ini dilakukan secara manual dan membantu papan pemuka secara jarak jauh.

Penggunaan IoT tersebut telah memberi impak besar kepada syarikat tersebut di mana ia berjaya menjimatkan kos sebanyak RM300,000 yang seterusnya telah meningkatkan kecekapan operasi sebanyak 33% dan produktiviti lebih tinggi.

Oleh itu, penganjuran program MyReskill IoT ini dilihat tepat pada masanya untuk meningkatkan prestasi produktiviti dengan meningkatkan kadar penggunaan teknologi di kalangan syarikat pelbagai saiz di negara ini.

Antara komponen penting yang diterapkan dalam program ini ialah Aku Janji Penggunaan Digital, yang merupakan inisiatif di bawah Nexus Produktiviti Digital (DPN).

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan ketua organisasi memupuk perubahan minda ke arah prestasi yang lebih cemerlang melalui penggunaan teknologi digital.

- Advertisement -

Latest news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.
- Advertisement -

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.

Related news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here