24.1 C
Kuching
Saturday, October 23, 2021

Masyarakat Lundu Tidak Ketinggalan Dalam Bidang Teknologi Digital

- Advertisement -
- Advertisement -

Dua buah Perpustakaan Desa di bawah pentadbiran Majlis Daerah Lundu (MDL) iaitu Perpustakaan Desa Kampung Sebiris dan Perpustakaan Desa Kampung Sebako telah dipilih sebagai Pusat Komuniti Digital (DCC) di Daerah Lundu.

Pusat Komuniti Digital (DCC) Kampung Sebiris

Menurut Pembantu Perpustakaan Awam MDL, Puan Mahayah Binti Haji Raduan yang ditemu ramah Smart Sarawak/RAKAN Sarawak secara dalam talian baru-baru ini, Perpustakaan Desa Kampung Sebiris telah wujud sejak tahun 2015 manakala Perpustakaan Desa Kampung Sebako telah wujud sejak tahun 1994.

Puan Mahayah Binti Hj. Raduan

Namun begitu, status perlaksanaan DCC telah bermula pada tahun 2019 di mana Perpustakaan Desa Kampung Sebiris telah dipilih sebagai salah satu projek perintis percubaan CRC (Community Resource Centre) yang  pertama.

Kemudian, pada Tahun 2020 CRC Perpustakaan Desa Kampung Sebiris telah dinaiktaraf kepada DCC oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak (KPKT) .

Beliau yang juga merupakan pengurus DCC Kampung Sebiris memberitahu bahawa, pihak MDL telah memohon peruntukan daripada KPKT untuk tujuan memperbesarkan DCC Kampung Sebiris dan DCC Kampung Sebako agar ia dapat memberi  keselesaan kepada pengguna.

Pada tahun 2020, KPKT telah meluluskan peruntukan sebanyak RM149,300 untuk naik taraf DCC Kampung Sebiris manakala peruntukan sebanyak RM79, 959.80 telah diluluskan pada 2021 untuk menaik taraf DCC Kampung Sebako.

Menurut beliau, DCC Kampung Sebiris dan DCC Kampung Sebako telah dirasmikan oleh Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg secara “Virtual” langsung dari Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 7 Oktober 2020.

Beliau difahamkan, antara kriteria-kriteria sesebuah perpustakaan itu layak dinaiktaraf menjadi sebuah DCC ialah, perpustakaan tersebut haruslah mempunyai tapak tanah dan bangunan milik Majlis itu sendiri.

Petugas-petugas di DCC pula terdiri daripada atenden sementara yang telah dilantik oleh pembantu perpustakaan pihak Majlis dan pelatih di bawah Program Latihan Pengukuhan Graduan Sarawak (GETS) yang dilantik secara kontrak selama setahun oleh Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE).

Atenden Perpustakaan Desa merupakan petugas utama di setiap Perpustakaan Desa yang telah dilantik oleh pihak Majlis dan mereka diwajibkan untuk mengikuti kursus selama dua atau tiga minggu yang dilaksanakan oleh pihak KPKT dan Pustaka Negeri Sarawak.

GETS merupakan program latihan selama 12 bulan kepada graduan untuk mendapatkan kemahiran berkaitan dengan industri bagi membolehkan mereka mendapat peluang pekerjaan justeru, peserta GETS akan menjadi pelatih DCC untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di Perpustakaan Desa tersebut.

Program GETS merupakan inisiatif Unit Pembangunan Tenaga Kerja, Jabatan Ketua Menteri dengan kerjasama SCOPE iaitu anak syarikat milik penuh Yayasan Sarawak dan KPKT.

Pelatih GETS ini akan dilatih terlebih dahulu oleh pihak Kementerian melalui kursus dan seminar yang dianjurkan oleh pihak kementerian melalui Pustaka Negeri Sarawak dan SCOPE.

Sejak penubuhan DCC di Kampung Sebiris dan Kampung Sebako, pelbagai program telah diadakan seperti Inovasi 3R, Movie Monday, Spelling Jenga, Zumba, Mewarna, Guided Reading, Binda Minda, Kemahiran Komputer, Drawbot dan Hari Membaca.

Pertandingan rekacipta kraftangan barangan terpakai 3R

Namun begitu, sejak penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia bermula tahun lepas, segala aktiviti yang sudah dirancang untuk dilaksanakan di DCC telah ditangguhkan buat sementara waktu.

Dapat dilihat, setiap program yang diadakan sebelum ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar sekolah, belia dan ibu bapa.

Aktivit ‘Drawbot’ yang diadakan di DCC Kampung Sebiris

Daripada soal selidik yang dilakukan, rata-rata peserta memberi maklum balas yang hampir sama iaitu bersetuju bahawa setiap program yang dijalankan telah memberi manfaat besar kepada mereka.

Namun demikian, mereka masih mengharapkan agar kemudahan-kemudahan di DCC ini akan terus ditambahbaik dari masa ke semasa terutamanya dari segi kelajuan jaringan internet.

Buat masa ini, DCC Sebiris dan Sebako dilengkapi dengan WiFi; dua (2) unit komputer; satu (1) unit laptop; tiga (3) unit tablet; satu (1) unit pojektor; satu (1) unit TV Pintar;  satu (1) unit webcam; dan satu (1) unit mesin pencetak A4.

Program kemahiran komputer untuk kanak-kanak

Puan Mahayah memaklumkan bahawa pihak DCC sedang dalam perancangan dan cadangan untuk memperbanyakkan koleksi bahan-bahan bacaan secara dalam talian.

- Advertisement -

Latest news

Penduduk Teruja dan Sambut Baik Penubuhan DCC Baji Jaya

Penerimaan dan sambutan orang ramai jelas sekali menunjukkan bahawa penduduk sekitar amat teruja serta menyambut baik penubuhan DCC di Kampung Baru Seberang Sarikei.
- Advertisement -

Masyarakat Lundu Tidak Ketinggalan Dalam Bidang Teknologi Digital

DCC Sebiris dan Sebako dilengkapi dengan WiFi; dua (2) unit komputer; satu (1) unit laptop; tiga (3) unit tablet; satu (1) unit pojektor; satu (1) unit TV Pintar; satu (1) unit webcam; dan satu (1) unit mesin pencetak A4.

SALURAN Capai 99.9% Liputan Jalur Lebar

mySRBN adalah inisiatif untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan pedalaman dan bandar Sarawak setelah bertahun lamanya, penduduk di daerah terpencil menyuarakan tentang keperluan untuk mempunyai internet berkelajuan tinggi.

Perpustakaan Desa Diperkasa Sebagai Pusat Komuniti Digital

Bagi melatih petugas-petugas yang bertugas di DCC, perancangan dan pelaksanaan latihan disediakan secara bersama oleh pihak KPKT, PBT dan agensi-agensi lain seperti Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) untuk pelatih program GETS.

Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here