24.1 C
Kuching
Saturday, October 23, 2021

SALURAN Capai 99.9% Liputan Jalur Lebar

- Advertisement -
- Advertisement -

Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan inisiatif Sarawak Linking Urban, Rural and Nation (SALURAN) sebagai salah satu usaha untuk mempercepatkan visi mencapai 99.9 peratus liputan jalur lebar di seluruh Sarawak.

Objektif utama SALURAN adalah untuk memperluaskan capaian 4G dengan menaik taraf infrastruktur sedia ada serta infrastruktur baharu ke seluruh Sarawak.

Ke arah usaha tersebut, Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) berkolaborasi secara rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selain melibatkan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Sarawak Information System (SAINS) dalam proses pelaksanaannya.

Antara projek yang giat dilaksanakan adalah pembinaan menara Sarawak Multimedia Authority Rural Telecommunication (SMART) oleh SMA, program Sarawak Rural Broadband Network (mySRBN) oleh SDEC, Digital Socio Economy (DSE) oleh SAINS dan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Negeri Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 7,000 menara telekomunikasi dan setakat ini, sejumlah 3,471 menara telah pun siap dibina manakala 1,043 menara dijadual siap menjelang penghujung 2022 dan 2,486 menara dijadualkan siap menjelang tahun 2030.

Sebanyak 3,471 menara komunikasi telah siap dibina setakat ini

Dengan pembinaan menara-menara telekomunikasi ini, ia akan meningkatkan liputan dari sekitar 54.2% (sekarang) sehingga mencapai sekitar 93.6% secara berperingkat di seluruh Sarawak menjelang akhir tahun 2022.

Bermakna, sebahagian besar kawasan di Sarawak akan mempunyai liputan 4G manakala, selebihnya 6.4% yang berada dalam kawasan pedalaman dengan bentuk muka bumi yang mencabar, topologi dan teknologi yang akan digunakan hanya akan dilaksanakan mulai tahun 2023 dan seterusnya.

Semakin banyak menara dibina, ia akan membolehkan pembekal perkhidmatan mudah alih seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan MySRBN-SDEC menyediakan perkhidmatan jalur lebar mudah alih.

Di beberapa kawasan yang jauh di mana tidak ada backhaul darat seperti menara pemancar dan fiber, kerajaan melalui agensi pelaksana akan memasang VSAT (Very Small Aperture Terminal) untuk menyediakan jalur lebar melalui satelit sebagai penyelesaian interim atau sementara.

VSAT adalah penyelesaian interim bagi menyediakan konektiviti kepada masyarakat di pedalaman

JENDELA adalah rancangan infrastruktur digital yang komprehensif bertujuan untuk menyelesaikan peningkatan keperluan dan kehendak terhadap liputan internet tetap dan mudah alih yang lebih baik di seluruh Malaysia, terutamanya kawasan pedalaman.

Sebelum pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, Kerajaan Persekutuan telah melancarkan inisiatif JENDELA.

Statistik Jalur Lebar Satelit (VSAT)

Di bawah Fasa 1 JENDELA, 71 menara telah disiapkan sementara baki 742 menara akan disiapkan hingga suku 4 tahun 2022.

Manakala, mySRBN adalah inisiatif untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan pedalaman dan bandar Sarawak setelah bertahun lamanya, penduduk di daerah terpencil menyuarakan tentang keperluan untuk mempunyai internet berkelajuan tinggi.

Internet berkelajuan tinggi bukan hanya untuk berkomunikasi semata-mata, juga untuk tujuan mencari maklumat, urusan pendidikan, perniagaan dan pelancongan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan pihak sekolah mengadakan kelas secara maya akibat isu COVID-19 sehingga ia telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan pelajar dan guru di kawasan pedalaman.

Oleh itu, MySRBN telah dilaksanakan dengan segera untuk memastikan kelancaran Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) dalam kalangan pelajar di kawasan pedalaman.

mySRBN menggunakan teknologi Fixed Wireless Broadband (FWB) di mana pelaksanaannya boleh dilakukan dalam waktu yang singkat dengan memanfaatkan infrastruktur yang sedia ada.

Sejak penubuhan SDEC pada Julai 2020, Kerajaan Sarawak telah berjaya memasang perkhidmatan MySRBN di 150 tapak untuk menghubungkan kawasan yang kurang diberi perhatian dengan liputan 4G dalam masa enam bulan.

Inisiatif MySRBN ini akan diteruskan ke tapak-tapak lain, terutamanya apabila menara SMART yang telah siap dan belum diaktifkan atau “menara hantu” atau “menara tanpa kuali” menjelang suku pertama tahun 2022.

Cabaran dan kelewatan pemasangan peralatan dan “kuali” di “menara hantu” adalah kerana kerumitan dalam peruntukan spektrum, pemilihan teknologi yang tepat dan integrasi sistem.

Pembinaan menara-menara ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Sarawak membantu pembekal perkhidmatan mudah alih termasuk mySRBN menyediakan perkhidmatan jalur lebar.

Dengan segala perancangan strategik, termasuk kolaborasi antara pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ini, seluruh rakyat Sarawak akan dapat menikmati rangkaian serta akses internet dalam tempoh beberapa tahun lagi.

- Advertisement -

Latest news

Penduduk Teruja dan Sambut Baik Penubuhan DCC Baji Jaya

Penerimaan dan sambutan orang ramai jelas sekali menunjukkan bahawa penduduk sekitar amat teruja serta menyambut baik penubuhan DCC di Kampung Baru Seberang Sarikei.
- Advertisement -

Masyarakat Lundu Tidak Ketinggalan Dalam Bidang Teknologi Digital

DCC Sebiris dan Sebako dilengkapi dengan WiFi; dua (2) unit komputer; satu (1) unit laptop; tiga (3) unit tablet; satu (1) unit pojektor; satu (1) unit TV Pintar; satu (1) unit webcam; dan satu (1) unit mesin pencetak A4.

SALURAN Capai 99.9% Liputan Jalur Lebar

mySRBN adalah inisiatif untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan pedalaman dan bandar Sarawak setelah bertahun lamanya, penduduk di daerah terpencil menyuarakan tentang keperluan untuk mempunyai internet berkelajuan tinggi.

Perpustakaan Desa Diperkasa Sebagai Pusat Komuniti Digital

Bagi melatih petugas-petugas yang bertugas di DCC, perancangan dan pelaksanaan latihan disediakan secara bersama oleh pihak KPKT, PBT dan agensi-agensi lain seperti Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) untuk pelatih program GETS.

Related news

Penduduk Teruja dan Sambut Baik Penubuhan DCC Baji Jaya

Penerimaan dan sambutan orang ramai jelas sekali menunjukkan bahawa penduduk sekitar amat teruja serta menyambut baik penubuhan DCC di Kampung Baru Seberang Sarikei.

Masyarakat Lundu Tidak Ketinggalan Dalam Bidang Teknologi Digital

DCC Sebiris dan Sebako dilengkapi dengan WiFi; dua (2) unit komputer; satu (1) unit laptop; tiga (3) unit tablet; satu (1) unit pojektor; satu (1) unit TV Pintar; satu (1) unit webcam; dan satu (1) unit mesin pencetak A4.

SALURAN Capai 99.9% Liputan Jalur Lebar

mySRBN adalah inisiatif untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan pedalaman dan bandar Sarawak setelah bertahun lamanya, penduduk di daerah terpencil menyuarakan tentang keperluan untuk mempunyai internet berkelajuan tinggi.

Perpustakaan Desa Diperkasa Sebagai Pusat Komuniti Digital

Bagi melatih petugas-petugas yang bertugas di DCC, perancangan dan pelaksanaan latihan disediakan secara bersama oleh pihak KPKT, PBT dan agensi-agensi lain seperti Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) untuk pelatih program GETS.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here