25.5 C
Kuching
Sunday, January 29, 2023

GETS Main Peranan Penting Dalam Merealisasikan Matlamat DCC

- Advertisement -
- Advertisement -

Petugas-petugas di Pusat Komuniti Digital (DCC) daripada Program Latihan Pengukuhan Graduan Sarawak (GETS) mainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan Sarawak merealisasikan matlamat DCC.

Peranan DCC bersama GETS yang terlatih adalah penting dalam usaha membangunkan komuniti yang berkualiti dan berkemahiran dalam bidang teknologi demi menyahut seruan kerajaan ke arah pelaksanaan Ekonomi Digital.

Menurut Saifulbahri Jeffry, 27, pelatih GETS di DCC Baji Jaya banyak membantu masyarakat sekeliling terutamanya pelajar-pelajar sekolah yang ingin mencari maklumat pembelajaran secara dalam talian menerusi internet jalur lebar dan kemudahan komputer yang disediakan di DCC baji Jaya.

Pengunjung DCC, Saifulbahri Jeffry

Pelatih-pelatih GETS juga banyak membantu usahawan-usahawan di sekitar Baji Jaya memasarkan produk-produk mereka secara dalam talian menerusi media sosial seperti Facebook (FB), Instagram (IG), Whatsapp, Web dan sebagainya.

Manakala menurut Khairuneza Nur Alia binti Mohd Kasim, 27, pula, kewujudan DCC adalah satu kelebihan yang terdapat di Baji Jaya kerana ia memberi manfaat kepada golongan pelajar sekolah dan belia lepasan sekolah menggunakan kemudahan-kemudahan digital yang disediakan.

Pengunjung DCC, Khairuneza Nur Alia binti Mohd Kasim

Khairuneza memberitahu dirinya pernah menyertai program yang dianjurkan oleh DCC Baji Jaya iaitu program ‘Resume Builder’ di mana pelatih-pelatih GETS telah membimbing mereka cara-cara menghasilkan resume yang berkualiti dan dapat menarik perhatian syarikat-syarikat.

Bila ada program seperti ini dijalankan, ia banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada golongan pencari kerja seperti mereka, katanya.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di DCC Baji Jaya juga telah memudahkan penduduk-penduduk kerana mereka tidak perlu lagi turun ke pekan Sarikei hanya untuk fotostat, mencetak, melayari internet dan sebagainya kerana semuanya boleh dilakukan di DCC dengan bantuan pelatih-pelatih GETS.

Komuniti setempat juga boleh mendapatkan khidmat GETS dalam urusan menyediakan surat, mengisi borang secara dalam talian, melakukan pembayaran secara dalam talian dan sebagainya kerana pelatih-pelatih GETS berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang aplikasi digital.

Menurut pelatih GETS Cik Sofia Suhaili, peranan beliau dan dua rakannya iaitu Encik Mohd Habib Rabbani dan Cik Nur Farhana di DCC adalah sebagai mentor bagi pendidikan digital, penyelidikan dan pembangunan kemahiran serta bakat penduduk di sekitar Baji Jaya.

Staf GETS, Cik Sofia Suhaili

Selain itu, mereka turut menyediakan perkhidmatan perundingan dan kaunseling berkaitan dengan teknologi digital serta membantu dalam perlaksanaan kerja-kerja perpustakaan sampingan, penganjuran seminar, bengkel ataupun program yang diadakan di DCC.

GETS telah diberi latihan oleh Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) sebaik sahaja mereka melapor diri untuk bertugas di DCC.

Staf GETS, Encik Mohd Habib Rabbani

Sejak DCC Baji Jaya ditubuhkan, mereka telah terlibat dalam menjayakan beberapa program seperti Bengkel Penulisan Resume 2020; How to Make Your Own Passport Photo (D.I.Y) 2020;

Program Inskusiviti Digital 2020 (Bengkel Go Digital Asean, Bengkel Reading Seeds & Bengkel PANDei) dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG);

Staf GETS, Cik Nur Farhana

Program Nursery Rhythm Day! (diadakan setiap Khamis pada 2020), Guide How To Apply Job on SPA9 dan Program Movie for Kids (setiap Jumaat bermula pada tahun 2022).

Staf GETS membimbing peserta program

Pada pandangan beliau, impak dan manfaat yang dilihat daripada perlaksanaan program-program tersebut ialah, ianya telah meningkatkan jumlah pengunjung ke Perpustakaan Baji Jaya yang mana sebelum ini bilangan pengunjung amat rendah dan kebanyakan daripada pengunjung hanyalah kanak-kanak.

Namun, apa yang beliau perhatikan, kini golongan remaja sekolah menengah dan golongan pencari kerja juga telah kelihatan mengunjungi DCC Baji Jaya dengan kerap.

Golongan belia mendapatkan khidmat staf GETS mencari maklumat menggunakan internet

Kebiasaannya, GETS akan membantu pengunjung menggunakan kemudahan-kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang terdapat di DCC sekiranya mereka belum mahir menggunakannya.

Contohnya, mereka pernah dikunjungi oleh individu-individu yang hendak menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (SPA9) untuk mengakses laman sesawang tersebut.

Sebagai petugas DCC, mereka tidak terpisah daripada cabaran, misalnya mereka tidak mempunyai ruangan yang cukup luas untuk melaksanakan program yang berskala besar.

Berdepan pandemik Covid-19 juga antara cabaran yang mereka depani apabila bilangan peserta program harus dikurangkan bagi mengurangkan kesesakan dalam ruangan DCC.

Staf GETS membimbing Pesatuan Ibu Tunggal menggunakan peralatan komputer di DCC

Selain itu, mereka juga berdepan dengan cabaran untuk mengadakan program bersama komuniti dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU) di DCC kerana struktur bangunan yang tidak mesra OKU.

Oleh yang demikian, mereka terpaksa mencari lokasi yang mesra OKU sekiranya mahu melaksanakan program khusus untuk mereka.

- Advertisement -

Latest news

Investing In Sustainable Food Packaging

As plastic food packaging is becoming the biggest treats to the environment; technology plays a vital role in producing sustainable food packaging to minimize the environmental footprint of packed food.
- Advertisement -

Kelebihan dan Kelemahan Perbankan Internet

Perubahan teknologi telah memberi kesan yang besar ke atas perkembangan ekonomi secara global dan tidak terkecuali, sektor perbankan turut merasi kesannya sehingga wujudnya satu alternatif iaitu perkhidmatan perbankan internet.

Digital Minimalism And Intentional Use Of Technology

Digital minimalism refers to a specific application of the general minimalist philosophy to the role of technology in our lives.

Aplikasi Digital Mudahkan Pengurusan Kewangan Harian

Berada di era Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang melibatkan teknologi automasi telah memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara kita yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.

Related news

Investing In Sustainable Food Packaging

As plastic food packaging is becoming the biggest treats to the environment; technology plays a vital role in producing sustainable food packaging to minimize the environmental footprint of packed food.

Kelebihan dan Kelemahan Perbankan Internet

Perubahan teknologi telah memberi kesan yang besar ke atas perkembangan ekonomi secara global dan tidak terkecuali, sektor perbankan turut merasi kesannya sehingga wujudnya satu alternatif iaitu perkhidmatan perbankan internet.

Digital Minimalism And Intentional Use Of Technology

Digital minimalism refers to a specific application of the general minimalist philosophy to the role of technology in our lives.

Aplikasi Digital Mudahkan Pengurusan Kewangan Harian

Berada di era Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang melibatkan teknologi automasi telah memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara kita yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here