30.1 C
Kuching
Tuesday, September 27, 2022

Meneroka Ekonomi Hidrogen

- Advertisement -
- Advertisement -

Istilah ‘ekonomi hidrogen’ merujuk pada visi menggunakan hidrogen sebagai sumber tenaga rendah karbon bagi menggantikan, sebagai contoh, petrol sebagai bahan api pengangkutan atau gas asli sebagai bahan api pemanas.

Hidrogen ialah apabila ia dibakar untuk menghasilkan haba atau bertindak balas dengan udara dalam sel bahan api untuk menghasilkan sel elektrik, satu-satunya hasil sampingan yang terhasil ialah air.

Kajian oleh Institut Penyelidikan Ekonomi bagi ASEAN dan Asia Timur (ERIA) bertajuk ‘Study on Demand and Supply Potential of Hydrogen Energy in East Asia’ pada 2018 menerangkan, penggunaan hidrogen sebagai sumber tenaga kepada sektor tenaga, industri dan pengangkutan berpotensi mengurangkan pelepasan GHG sehingga 20.6 juta tan karbon dioksida menjelang 2040.

Maka tidak hairanlah negara-negara seperti Jerman, China dan Korea Selatan sudah mula membangunkan teknologi hidrogen dalam usaha meneroka ekonomi baharu untuk masa hadapan.

Mengimbas ucapan penggulungan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-18 pada November 2019, beliau menekankan tentang penerokaan Sarawak dalam ekonomi hidrogen.

Langkah tersebut beliau sifatkan sebagai inisiatif Kerajaan Sarawak meneruskan pembangunan teknologi hijau di negeri ini dengan mempromosi industri tenaga bersih dan mempelbagaikan peralihan sumber tenaga daripada tradisional kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Sehubungan dengan itu, dana sebanyak RM20.3 juta telah diluluskan sebagai geran untuk menjalankan penyelidikan mengenai inisiatif ekonomi hidrogen sebagai bukti komitmen kerajaan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan peralihan Sarawak kepada tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

Usaha berkenaan seterusnya dapat membantu memodenkan infrastruktur melalui teknologi baharu seperti teknologi sel bahan api, kenderaan berkuasa hidrogen dan Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen dengan sifar pelepasan karbon.

Untuk tujuan ini, sejumlah RM20 juta telah diperuntukkan melalui Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi memulakan usaha tersebut.

Menerusi pembangunan tenaga bersih di samping sektor pertanian dan pembuatan yang turut menggunakan teknologi terkini, langkah yang diambil diharap akan menjadi perangsang kepada penciptaan peluang pekerjaan baharu dan industri bernilai tambah tinggi yang boleh menyumbang kepada produktiviti tenaga kerja Sarawak.

Perkhidmatan bas hidrogen di bandar raya Kuching

Pada Januari 2020, perkhidmatan pengangkutan awam bas hidrogen yang pertama di Asia Tenggara dilancarkan di bandar raya Kuching yang juga merupakan sebahagian daripada usaha Sarawak meneroka ekonomi hidrogen.

Projek rintis tersebut yang mempromosi teknologi hijau dalam sistem pengangkutan adalah hasil kerjasama di antara Kementerian Pengangkutan Sarawak dengan Sarawak Metro, sebuah anak syarikat SEDC selaku pengendali projek.

Perkhidmatan bas hidrogen yang melalui beberapa laluan di bandar raya Kuching turut berfungsi sebagai pengumpul data untuk sistem pengangkutan ART yang akan datang di bawah inisiatif Sistem Pengangkutan Bandar Raya Kuching (KUTS).

Sarawak terus ke hadapan dalam menerajui peralihan ke arah ekonomi hidrogen apabila stesen pengisian bersepadu milik Petroleum Sarawak Berhad PETROS yang merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Sarawak dilancarkan pada April 2022.

Stesen pengisian bersepadu PETROS di Darul Hana yang menawarkan kemudahan pelbagai bahan tenaga termasuk hidrogen

Stesen yang terletak di Darul Hana, Kuching menyediakan kemudahan pengisian pelbagai jenis bahan tenaga seperti petrol, diesel, hidrogen serta kemudahan untuk mengecas kenderaan elektrik (EV).

Premier Sarawak menganggap pelancaran stesen bersepadu tersebut sebagai satu pencapaian untuk negeri ini mencapai matlamat masa depan pembangunan yang mampan dalam ekonomi baharu masa hadapan.

Sebelum itu pada Mac 2022, satu perjanjian persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Sarawak dengan Victorian Hydrogen Hub (VH2) yang diketuai oleh Universiti Teknologi Swinburne dan dibiayai Kerajaan Negeri Victoria, Australia telah ditandatangani untuk menjalankan usaha meningkatkan pembangunan ekonomi hidrogen di negeri ini.

MoU ditandatangani oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi, YBhg Datuk Dr. Muhammad Abdullah bin Zaidel dan Naib Canselor merangkap Presiden Universiti Swinburne, Profesor Pascale Quester sambil disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Seri Profesor Dr Sim Kui Hian.

Melalui perjanjian tersebut, Datuk Seri Profesor Dr Sim berharap supaya Sarawak dapat mengembangkan kerjasama dalam ekonomi hidrogen, terutama dalam penyelidikan dan inovasi, pembangunan modal insan, ujian industri 4.0 (IR4) untuk pembuatan hidrogen dan rantaian bekalan serta ketersambungan hidrogen global.

- Advertisement -

Latest news

Enam Hab Teknologi Dan Inovasi Asia Untuk Para Pengasas Dan Usahawan

Malaysia semakin berkembang menjadi hab teknologi untuk pengasas di peringkat antarabangsa sehingga disenaraikan sebagai destinasi untuk syarikat permulaan terbaik ke-11 di dunia.
- Advertisement -

Powering Remote Medical Services with Renewable Energy

For the first time in Malaysia, a clinic at a remote village in Sarawak is introduced to a hybrid solar-hydrogen power generation system, showing a promising and greener future in Sarawak’s rural electrification efforts.

Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Kanak-kanak

Penggunaan keterlaluan telefon pintar/gajet secara berterusan memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi dan sahsiah kanak-kanak dan jika tidak dikawal akan menyebabkan mereka bersikap antisosial.

Smartphones – Addiction Among Children

A talk organised by PUSTAKA, ‘Telefon Pintar Tidak Sesuai Untuk Kanak?’ highlighted the behaviours of children who are addicted to smartphone usage.

Related news

Enam Hab Teknologi Dan Inovasi Asia Untuk Para Pengasas Dan Usahawan

Malaysia semakin berkembang menjadi hab teknologi untuk pengasas di peringkat antarabangsa sehingga disenaraikan sebagai destinasi untuk syarikat permulaan terbaik ke-11 di dunia.

Powering Remote Medical Services with Renewable Energy

For the first time in Malaysia, a clinic at a remote village in Sarawak is introduced to a hybrid solar-hydrogen power generation system, showing a promising and greener future in Sarawak’s rural electrification efforts.

Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Kanak-kanak

Penggunaan keterlaluan telefon pintar/gajet secara berterusan memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi dan sahsiah kanak-kanak dan jika tidak dikawal akan menyebabkan mereka bersikap antisosial.

Smartphones – Addiction Among Children

A talk organised by PUSTAKA, ‘Telefon Pintar Tidak Sesuai Untuk Kanak?’ highlighted the behaviours of children who are addicted to smartphone usage.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here