26.6 C
Kuching
Tuesday, December 5, 2023

Program AFF Kukuhkan Pembangunan Pertanian

- Advertisement -
- Advertisement -

Peruntukan pembangunan pertanian yang disalurkan melalui program Agriculture Facilitation Fund (AFF) telah memberi impak yang besar apabila warga tani yang terdiri daripada orang kampung yang teruja dan bersemangat membangunkan kawasan pertanian masing-masing setelah terpilih di bawah program AFF.

Program AFF telah banyak membantu golongan peniaga kecil melalui pelbagai jenis bantuan yang diberikan

AFF meliputi pelbagai jenis perniagaan dan perusahaan termasuk bidang masakan, pembuatan, nelayan dan pertanian selain dana fasiliti sebagai insentif kepada pengusaha luar bandar, pengusaha kecil dan petani kerana penglibatan mereka dalam projek pertanian.

Program AFF turut memberi tumpuan kepada bidang penternakan kerana ada pasaran yang besar di dalam dan luar negeri

Bantuan AFF diberikan kepada semua petani dan nelayan yang layak di seluruh negeri Sarawak termasuk kawasan bandar agar dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka.

Pada dasarnya, AFF diwujudkan untuk melaksanakan projek-projek yang melibatkan tanaman, perikanan, ternakan, pengembangan pertanian, pengembangan Pertubuhan Peladang, mekanisasi serta infrastruktur ladang, pembangunan agromakanan dan usahawan.

Projek Asas Akuakultur turut mendapat manfaat daripada program AFF

Bagi memastikan peserta program AFF memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang diberikan, kerajaan menerusi MANRED dan Jabatan Pertanian akan sentiasa memantau setiap projek yang mereka usahakan.

Kerajaan juga mengingatkan para petani agar cuba melakukan pembaharuan serta mengikut prosedur GAP (Good Agricultural Practices) seperti penggunaan racun terkawal, baja organik atau baja kimia mesti mengikut prosedurnya, seterusnya memastikan kualiti tanaman sentiasa dijaga.

Program AFF memberi manfaat kepada pengusaha projek fertigasi dalam penyediaan peralatan dan sokongan infrastruktur

Dalam pada itu, petani dinasihatkan agar tidak mengamalkan 3T iaitu tanam, tinggal dan tuai sebaliknya menjaga dengan baik tanaman mereka sehingga mengeluarkan hasil yang berkualiti.

Di bawah program AFF, petani menerima input pertanian dan insentif pembersihan kawasan; misalnya peserta yang mengusahakan projek nanas dengan keluasan satu ekar, maka kerajaan akan memberi benih, baja, racun, penyembur dan pembersihan kawasan.

Bantuan AFF yang diberikan dapat membantu warga tani meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka

Input pertanian seperti baja dan kimia agro ini bertujuan untuk mengurangkan kos seterusnya meningkatkan keuntungan tanaman seperti nanas, pisang, kelapa pandan, petai dan sayur-sayuran.

Sarawak kini melaksanakan program AFF dengan menumpukan projek penternakan sebagai usaha membantu masyarakat luar bandar menambah pendapatan, sekali gus meningkatkan pengeluaran komoditi ternakan.

Sarawak berpotensi untuk mengeluarkan ternakan serta hasil ternakan untuk dieksport

Potensi dalam bidang penternakan adalah baik untuk menjana pendapatan kerana ada pasaran yang besar di dalam dan luar negeri.

Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, pada tahun 2019, Sarawak telah mengeksport hasil ternakan bernilai lebih RM165 juta antaranya ialah khinzir hidup dan daging khinzir yang dieksport ke Singapura.

Telur ayam pula dieksport ke Hong Kong, Maldives, Indonesia dan Brunei manakala daging ayam dieksport ke Indonesia dan Semenanjung sementara anak ayam dieksport ke Brunei dan sarang burung walit dieksport ke Hong Kong, China dan Taiwan.

Perkara ini jelas menunjukkan Sarawak mempunyai potensi yang sangat baik untuk mengeluarkan ternakan serta hasil ternakan untuk dieksport.

Sejak 2020, program AFF yang dicadangkan kerajaan Sarawak adalah untuk membantu mengurangkan penurunan harga komoditi ke atas pendapatan pekebun-pekebun kecil.

Kerajaan negeri amat mengambil berat terhadap impak ke atas pendapatan pekebun-pekebun kecil disebabkan oleh penurunan harga komoditi.

Ramai pekebun kecil bergantung kepada penanaman kelapa sawit, getah dan lada sebagai sumber utama pendapatan mereka.

Oleh itu bagi membantu pekebun-pekebun kecil ini, kerajaan negeri telah mencadangkan beberapa langkah di bawah program AFF antaranya menyediakan bantuan dalam bentuk baja dan racun untuk mengurangkan kos pengeluaran. Kerajaan negeri turut menggalakkan para pekebun kecil supaya mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan termasuk pertanian yang berasaskan teknologi moden dapat mempelbagaikan sumber pendapatan mereka dan tidak hanya bergantung kepada hanya satu komoditi sahaja.

- Advertisement -

Latest news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.
- Advertisement -

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.

Related news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here