Sarawak Digital Bantu Syarikat Permulaan

0
55
Melalui perkongsian dengan pihak industri, SDEC menghubungkan bakat-bakat tempatan dengan permintaan dan ekspektasi daripada industri dengan menyediakan akses kepada landskap industri, cabaran dan teknologi

Menurut Pegawai Eksekutif Kanan SDEC, Encik Khairul Adzelan Aman, Sarawak Digital tidak dikhususkan untuk rakyat tempatan atau para penerima manfaat (benefisiari) di Sarawak sahaja, malah SDEC mengalu-alukan penyertaan semua pihak termasuk dari luar Sarawak untuk mengambil bahagian dan pemilikan dalam ekosistem tersebut.

Pihak SDEC juga berharap untuk membawa Sarawak Digital melangkaui ekosistem digital di negeri ini.

Sarawak Digital yang ditubuhkan pada 2019 merupakan ekosistem digital di bawah inisiatif Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Sejak itu, Sarawak Digital telah menyediakan perkhidmatan dan peluang kepada bakat dan syarikat permulaan (start-up) tempatan termasuk ruang kerja bersama, program pembangunan, peluang pembiayaan, rakan kongsi teknologi, platform penyelidikan dan pembangunan serta akses pasaran antarabangsa.

Encik Khairool menyenaraikan lapan (8) atribut, iaitu ciri-ciri atau pemboleh ubah yang perlu ada pada syarikat permulaan tempatan yang merupakan benefisiari dalam ekosistem Sarawak Digital, iaitu:

  • Bakat Teknologi
  • Perniagaan Digital
  • Perusahaan Sosial
  • Kreatif Digital
  • Makers dan Inovator
  • Pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)
  • Pelabur
  • Pembina Masyarakat

Daripada senarai tersebut, pihak SDEC mendapati sebahagian syarikat permulaan tempatan tergolong dalam lebih daripada satu atribut yang disenaraikan.

Jelas beliau, SDEC tidak mengkategorikan syarikat permulaan secara khusus, sebaliknya menggalakkan usahawan syarikat permulaan sendiri mengenal pasti kekuatan mereka lebih daripada satu (1) dalam (8) atribut tersebut.

Dari segi perkhidmatan, Encik Khairool menyenaraikan enam (6) perkhidmatan utama (key services) yang wujud dalam ekosistem Sarawak Digital merangkumi Inovasi dan Pembangunan Keusahawanan, Pembangunan Penyelidikan, Perkongsian Industri, Infrastruktur Digital, Pembiayaan dan Pelaburan dan Rangkaian Sokongan.

Sesi pembentangan menerusi rakaman video oleh Ketua Pegawai Eksekutif Janan SDEC, Encik Khairool Adzelan Aman pada program MYStartup Roadshow yang berlangsung di TEGAS Digital Village

Inovasi dan Pembangunan Keusahawanan – Menyediakan akses dan peluang kepada syarikat permulaan menyertai bengkel, bootcamp, hackathon, program pemecut dan pelbagai program berkaitan bagi menyokong pertumbuhan syarikat permulaan dan usahawan.

Pembangunan Penyelidikan – Khusus untuk universiti dan pihak industri dengan menawarkan akses kepada pelbagai teknologi, perkakasan, makmal uji cuba (testbed) termasuk Protokol Internet (IP) dan pattern untuk menyokong pembangunan produk daripada peringkat pemprototaipan ke produk yang tersedia di pasaran.

Di bawah nisiatif Sarawak Digital, SDEC turut menjalinkan kerjasama dalam pembangunan penyelidikan teknologi seperti penubuhan tapak uji cuba (testbed) bersama institusi pengajian tinggi

Dalam perkhidmatan ini, SDEC bekerjasama dengan universiti tempatan dan antarabangsa, iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti of Technology Sarawak (UTS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Swinburne University, Curtin University, Universiti Malaya termasuk University of Singapore.

Perkongsian Industri – Melalui perkongsian dengan pihak industri, SDEC menghubungkan bakat-bakat tempatan dengan permintaan dan ekspektasi daripada industri dengan menyediakan akses kepada landskap industri, cabaran dan teknologi.

Melalui perkongsian dengan pihak industri, SDEC menghubungkan bakat-bakat tempatan dengan permintaan dan ekspektasi daripada industri dengan menyediakan akses kepada landskap industri, cabaran dan teknologi

Kempen Sarawak Digital Mall untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan kerjasama Shopee merupakan contoh bentuk perkongsian SDEC dengan pihak industri.

Dalam hal ini juga, SDEC turut menjalinkan perkongsian dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Cradle dan banyak lagi.

Infrastruktur Inovasi – Buat masa sekarang, terdapat sembilan (9) hab inovasi digital yang sedang beroperasi meliputi Bahagian Kuching, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri dan empat (4) lagi hab inovasi digital akan ditubuhkan masing-masing di Serian, Sri Aman, Kapit dan Lawas pada pertengahan 2022.

Sebanyak sembilan (9) hab inovasi digital yang beroperasi di Sarawak sejajar dengan perkembangan ekosistem Sarawak Digital

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuklah ruang bekerja, kemudahan internet berkelajuan tinggi, kemudahan makmal pemprototaipan, makerlab dan akses kepada rangkaian ekosistem Perkampungan Digital.

Selain itu, kemudahan infrastruktur komunikasi dan akses internet di luar bandar juga sedang ditingkatkan.

Pembiayaan dan Pelaburan – Menyediakan peluang kepada syarikat permulaan dan para usahawan untuk dihubungkan dengan para pelabur dan syarikat yang berpotensi serta pengendalian program pembangunan dan faedah kepada para pelabur.

Rangkaian Sokongan – Memudahkan akses kepada rangkaian perkhidmatan kepada usahawan syarikat permulaan termasuk audit kewangan kesetiausahaan pentadbiran, bimbingan undang-undang dan sebagainya.

Sarawak Digital menyediakan perkhidmatan dan peluang kepada bakat dan syarikat permulaan untuk berkembang di peringkat serantau dan global

Dari segi pelaburan, SDEC bekerjasama dengan pihak Malaysian Business Angel Network (MBAN), mengadakan program bimbingan (mentorship) dengan FutureLab termasuk menjalankan program khusus untuk inovator dan golongan makers bersama pihak MEREKA.

Encik Khairool menerangkan perkara tersebut dalam pembentangan menerusi rakaman video bertajuk ‘Sarawak Digital and Innovation Ecosystem’ semasa program MYStartup Roadshow anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan agensi di bawahnya, iaitu Cradle Fund Sdn. Bhd (Cradle) yang berlangsung di TEGAS Digital Village pada 23 Jun lepas.

Dalam pengembangan ekosistem digital di Sarawak, beliau membuat rumusan berdasarkan statistik seperti berikut:

  • 491 Program Dijalankan
  • 24,000 Penyertaan Individu
  • 38 Protokol Internet (IP) Berdaftar
  • 2 Testbed Ditubuhkan
  • 18 Projek Rintis dan Projek POC (Proof of Concept)
  • 6 MOU Bersama Universiti-universiti Tempatan
  • 1 MOU Bersama Universiti Antarabangsa
  • 4 Perkongsian degan Pihak Industri
  • 9 Hab Inovasi Digital yang Beroperasi
  • Lebih RM4 Juta Dilaburkan
  • Impak Kepada 5 Komuniti Luar Bandar
  • 715 Sekolah Telah Dicapai
  • 19,047 Pelajar Mengambil Bahagian
  • 1,763 Guru Dilatih

Menerusi kemudahan dan rangkaian serta inisiatif pembangunan yang strategik, Sarawak Digital membolehkan pengusaha dan inovator tempatan mengembangkan perniagaan ke pasaran serantau dan juga global.

Inisiatif Sarawak Digital juga mewujudkan kemahiran dan pekerjaan baharu kepada rakyat Sarawak dari pelbagai peringkat pendidikan sehingga ke pendidikan sepanjang hayat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here