Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Samarahan, Encik Sharin bin Sulaiman telah berkongsi tentang konsep asas internet dengan penduduk kampung semasa Randau Digital di Kampung Nyabor, Kabong pada 26 Julai lepas,
Internet adalah jaringan komputer yang ada di seluruh dunia dan dalam hal ini, komputer yang dahulunya digunakan berasingan kini dapat berhubung terus dengan komputer-komputer yang lain.
Bagaikan ‘kota’ elektronik yang besar di mana setiap penduduk memiliki alamat (internet address) yang digunakan untuk berkirim maklumat.
Oleh kerana sifatnya berupa ruang yang mirip dengan dunia kita seharian, maka internet boleh disebut sebagai ruang siber.
Sebelum kewujudan internet, Jabatan Pertahanan Amerika pada 1969 telah membuat jaringan komputer sehingga tersebar di seluruh United State (US) untuk menghasilkan maklumat berpusat, yang apabila berlaku peperangan, maklumat mudah disebarkan.
Jadi bila satu bahagian dari sambungan rangkaian terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambutan itu secara automatik dipindahkan ke sambungan lainnya.
Setelah itu, internet digunakan oleh kalangan akademik University of California, Los Angeles (UCLA) untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi.
Setelah itu, pada awal tahun 1990, Kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan internet untuk tujuan komersial.
Terdapat beberapa kelebihan internet antaranya ialah, maklumat diperolehi lebih cepat dan murah selain dapat mengurangkan perbelanjaan kertas dan kos pengeluaran serta penyebaran kerana pengguna boleh mendapatkan buku, majalah, brosur dan sebagainya di internet.
Internet juga digunakan sebagai media iklan atau promosi kerana ia dapat memaparkan imej syarikat, pengenalan dan pemesanan produk.
Seterusnya ialah, internet berfungsi sebagai komunikasi interaktif seperti penggunaan multimedia, e-mel, persidangan video (video conferencing), bersembang (Internet Real Chat) dan panggilan telefon menggunakan internet.
Dan pada hari ini, kebanyakan internet digunakan sebagai alat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta untuk pertukaran data.
Beberapa perkhidmatan internet ialah untuk Mel Elektronik (e-mel); File Transfer Protocol (FTP); Chat; Gopher; News Group; Sidang Video; World Wide Web (WWW); dan Telnet.
E-melmembolehkan kita menerima dan menghantar mesej, fail berupa program, gambar grafik dan sebagainya dari komputer ke komputer lain dan dihubungkan melalui alat dan perisian komunikasi.
FTP digunakan untuk memuat-turun dan memuat-naik dokumen di FTP pelayan di mana akhirnya kita dapat bertukar fail dengan cepat.
Aplikasi Chat seperti Whatsapp, Instagram, Facebook, Twitter dan sebagainya digunakan untuk bercakap secara langsung dengan pengguna internet yang lain.
Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari informasi yang ada di internet, tetapi hanya berbentuk teks sahaja dan untuk mendapatkan maklumat melalui Gopher, kita perlu menghubungkannya dengan Gopher server yang ada di internet.
New Group adalah ruangan diskusi terpisah dan setiap ruangan mempunyai tajuk yang berbeza di mana setiap ruangan boleh lebih dari seorang yang saling bertukar pendapat.
Bulletin Board pula adalah platform di mana setiap orang boleh memaparkan artikel yang boleh dilihat dan dibaca oleh semua orang.
Manakala, sidang video merupakan perhubungan antara pengguna dari berbagai lokasi yang dihubungkan melalui internet.
Perkakasan yang diperlukan oleh setiap pengguna adalah komputer, kamera tv, perisian komunikasi dan alat untuk perhubungan.
Seperti suatu mesyuarat yang dijalankan di ruang siber di mana pesertanya terdiri dari pelbagai lokasi yang berlainan.
Aplikasi WWW mempunyai banyak fungsi seperti membolehkan kita membeli barang dalam talian, mendaftar secara dalam talian, mengakses multimedia dan banyak lagi fungsinya yang lain.
Telnet pula membolehkan kita mengakses komputer yang lain tanpa perlu mempunyai program komputer berkenaan.
Jadi yang dilihat di monitor komputer adalah isi dari komputer yang kita hubungkan tersebut sebagai “Remote Login”.
Dengan Telnet, kita dapat;
- Mencari katalog perpustakaan, kampus dan sebagainya
- Mengakses pangkalan data
- Mengakses Buletin Board Organisasi Kerajaan
Untuk menggunakan Telnet, kita harus mempunyai alamat Protokol Internet atau Internet Protocol (IP) address dan login name serta kata laluan (password).
Seterusnya, untuk melayari internet pula, kita memerlukan komputer, modem dan talian telefon selain daripada kita harus mendaftar ke Internet Service Provider iaitu syarikat yang menyediakan laluan ke internet untuk membolehkan kita mengakses internet.
Kalau semua perkakasan dan perisian, kita ingin dihubungkan secara langsung atau akses ke internet, maka kita harus menggunakan alamat IP manakala, sekiranya kita menggunakan modem untuk dail ke ISP supaya mendapatkan sambungan ke internet, maka kita perlu dail UP akses.
Alamat IP terdiri daripada empat bahagian angka yang dimulai dari angka 1 hingga 255, dan setiap bahagian dipisahkan oleh titik (.), contohnya alamat IP bagi www.microsoft.com ialah, 198.105.232.4.
Nama domain merupakan satu penamaan suatu alamat yang memudahkan kita mengingatnya yang terdiri daripada nama sistem rangkaian, nama organisasi dan nama jenis organisasi atau nama negara.
Contoh;
Singkatan domain bagi negara;
- au: Australia
- uk: United Kingdom
- my: Malaysia
- sg: Singapura
Singkatan domain bagi Jenis Organisasi;
- .com: untuk perusahaan atau badan komersial (contoh: apple.com)
- .edu: Untuk institusi pendidikan (contoh: utm.edu.my)
- .gov: untuk badan kerajaan (contoh: moe.gov.my)
- .mil: untuk kalangan tentera (contoh: af.mil)
- .int: untuk badan bebas antarabangsa
- .net: untuk host yang mengatur jaringan/ISP (contoh: jarring.net)
- .org: untuk organisasi swasta yang tidak tergolong dari di atas
Sebagai pengguna internet, kita harus tahu cara untuk melindungi maklumat peribadi iaitu;
- Gunakan kata laluan yang selamat
- Lengkapkan komputer dan gajet dengan perisian selamat (seperti anti-virus dan anti-spyware yang terkini)
- Elakkan daripada menggunakan perisian yang telah tamat tempoh
- Elakkan daripada memuat turun aplikasi yang tidak diketahui tahap keselamatannya
- Elakkan daripada berkongsi maklumat peribadi di dalam media sosial
[…] #DigitalSarawak di Kabong Konsep Asas Internet […]