30.1 C
Kuching
Tuesday, September 27, 2022

Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Kanak-kanak

- Advertisement -
- Advertisement -

Tidak dinafikan bahawa, ibu bapa adalah punca utama kanak-kanak terdedah dengan penggunaan telefon pintar, jelas Dr Wong How Ping dalam sesi ceramah ‘Reading Seed’ bertajuk ‘Telefon Pintar Tidak Sesuai Untuk Kanak-kanak’ yang diadakan secara maya pada 12 Ogos 2022.

Antara faktor yang mendorong ibu bapa memberikan telefon pintar kepada anak-anak mereka adalah kerana mereka mahu anak-anak duduk diam, tidak meragam, untuk tujuan pendidikan dan juga atas sebab atas sebab tidak mahu anak-anak mereka ketinggalan dari segi penggunaan teknologi moden

Statistik yanag dikeluarkan oleh Putrajaya mengenai penggunaan telefon pintar di kalangan kanak-kanak

Tetapi masalahnya ialah, apabila ibu bapa memberikan telefon pintar kepada anak-anak mereka, aplikasi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan pendidikan dijadikan sebagai alat hiburan untuk menjadikan anak-anak mereka leka, tidak meragam dan tidak menimbulkan karenah-karenah lain.

Merujuk kepada statistik Statista pada tahun 2019 berkenaan masa yang diluangkan oleh kanak-kanak setiap hari untuk telefon pintar;

Sebanyak 22.5% kanak-kanak menggunakan telefon pintar kurang daripada satu (1) jam; 35.6% daripada kanak-kanak menggunakan telefon pintar selama satu (1) hingga dua (2) jam; 26.9% kanak-kanak menggunakan telefon pintar antara tiga (3) hingga empat (4) jam; dan 15.1% kanak-kanak menggunakan telefon pintar lebih daripada empat (4) jam.

Statistik yang dibuat oleh Statista menunjukkan menunjukkan masa yang diluangkan setiap hari oleh kanak-kanak untuk telefon pintar

Manakala merujuk kepada kajian yang dibuat di Putrajaya, mereka mendapati bahawa 72.8% daripada kanak-kanak menggunakan telefon pintar; 83.2% daripada kanak-kanak yang berumur di bawah tiga (3) tahun menggunakan telefon pintar; dan 19.5% kanak-kanak menggunakan telefon pintar untuk tujuan pendidikan.

Daripada pengguna-pengguna peranti mudah alih ini, terdapat 3% merupakan pengguna bermasalah; 18% merupakan pengguna berisiko; 64% adalah pengguna biasa; dan 15% adalah pengguna kasual.

Statistik yang dikeluarkan di Putrajaya berkenaan penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak

Dianggarkan dalam 21% pengguna telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia sama ada mereka berisiko atau sedang bermasalah.

Jika satu ketika dulu, telefon pintar yang sangat kuno (1st consumer handsets) hanya digunakan untuk membuat panggilan sahaja.

Tetapi selepas beralih kepada telefon 2G dan 3G, fungsi telefon semakin ditambah baik di mana pengguna sudah boleh menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) serta Perkhidmatan Pemesejan Multimedia (MMS) dan sehinggalah kepada 4G dan kini 5G, fungsi telefon pintar semakin canggih.

Garis masa kewujudan telefon mudah alih

Ada satu fakta yang perlu diketahui oleh semua pengguna telefon pintar adalah tentang bahhayanya radiasi telefon pintar.

Setakat ini, belum ada lagi kajian-kajian yang dibuat untuk membandingkan radiasi di antara 2G, 3G, 4G dan 5G bahkan syarikat telefon pintar juga tidak akan pernah menyatakan tahap radiasi produk-produk mereka demi kepentingan perniagaan mereka.

Terdapat satu kajian yang dibuat oleh Amerika Syarikat lima (5) tahun yang lalu di mana terdapat banyak telefon yang selalu kita gunakan setiap hari tidak kira jenama Xiaomi Mi A1, OnePlus 5T, Googe Pixel 3 XL, iPhone dan sebagainya mempunyai tahap radiasi yang agak tinggi.

Gambar menunjukkan fungsi telefon pintar bertambah canggih

Telinga kita sebenarnya sangat berdekatan dengan otak kita, jadi semakin kerap kita membuat panggilan atau menggunakan telefon pintar, jadi ia akan mendatangkan kesan yang negatif terhadap faktor kesihatan pengguna-pengguna telefon pintar.

Otak kanak-kanak sebenarnya menyerap lebih banyak radiasi berbanding orang dewasa kerana tengkorak kanak-kanak lebih nipis dan kecil daripada orang dewasa menyebabkan radiasi lebih senang tembus, justeru otak kanak-kanak yang belum matang lebih banyak komplikasi.

- Advertisement -

Latest news

Enam Hab Teknologi Dan Inovasi Asia Untuk Para Pengasas Dan Usahawan

Malaysia semakin berkembang menjadi hab teknologi untuk pengasas di peringkat antarabangsa sehingga disenaraikan sebagai destinasi untuk syarikat permulaan terbaik ke-11 di dunia.
- Advertisement -

Powering Remote Medical Services with Renewable Energy

For the first time in Malaysia, a clinic at a remote village in Sarawak is introduced to a hybrid solar-hydrogen power generation system, showing a promising and greener future in Sarawak’s rural electrification efforts.

Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Kanak-kanak

Penggunaan keterlaluan telefon pintar/gajet secara berterusan memberi kesan negatif kepada perkembangan emosi dan sahsiah kanak-kanak dan jika tidak dikawal akan menyebabkan mereka bersikap antisosial.

Smartphones – Addiction Among Children

A talk organised by PUSTAKA, ‘Telefon Pintar Tidak Sesuai Untuk Kanak?’ highlighted the behaviours of children who are addicted to smartphone usage.

Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here