26.6 C
Kuching
Tuesday, December 5, 2023

Kepentingan ‘Blockchain’ Dalam Membangunkan Bandar Pintar

- Advertisement -
- Advertisement -

Teknologi Blockchain adalah antara komponen yang sangat penting dalam membangunkan konsep bandar pintar supaya pertukaran maklumat adalah lebih selamat dan terjamin.

Blockchain adalah antara komponen yang sangat penting dalam membangunkan bandar pintar

Teknologi Blockchain adalah teknologi yang wajib digunakan oleh setiap pembangun bandar pintar kerana pertama, semua pemegang kepentingan termasuk penduduk bandar pintar, para pelabur, pihak kerajaan dan penguatkuasaan mempunyai akses yang sama terhadap data yang berada di dalam lejar digital.

Ini berbeza dengan sistem pangkalan data biasa kerana data dan maklumat dipegang oleh pihak berpusat sahaja dan tidak dibuka kepada orang awam maka, ketelusan dan integriti sesuatu data akan terjamin.

Ciri ini juga akan menjamin keselamatan data kerana data tidak disimpan di satu tempat sahaja, namun telah disimpan di pelbagai nod-nod milik pemegang kepentingan, maka ia dapat menyingkirkan kelemahan “single point of failure”.

Segala data dan maklumat di blockchain dapat dijejaki asal-usulnya

Jika satu nod diserang oleh penggodam, masih ada banyak nod yang menyimpan data, maka keselamatan data masih kekal selamat.

Kedua ialah, teknologi Blockchain memerlukan persetujuan pemegang kepentingan di samping data dan maklumat lejar digital yang dapat diakses oleh pemegang kepentingan, mereka juga dapat mengundi dan bertindak untuk sesuatu keadaan.

Contohnya dalam proses transaksi kewangan di mana transaksi hanya dianggap sah jika transaksi tersebut disahkan oleh nod pemegang kepentingan yang lain.

Blockchain merupakan simpanan rekod dalam bentuk digital yang menyimpan data-data transaksi

Transaksi yang dilakukan secara sendirian tanpa pengesahan nod lain akan diabaikan, dan ini adalah ciri yang menjamin keabsahan sesuatu transaksi kewangan maka, kejadian rasuah, penyelewengan wang dan tidak telus akan dapat disingkirkan jika menggunakan teknologi Blockchain.

Ketiga, teknologi Blockchain mempunyai satu ciri yang sangat penting untuk integritinya, iaitu ianya tidak dapat diubah dan dimanipulasi (immutability).

Sebagai contoh, jika seorang penggodam dapat menguasai satu sistem pangkalan data tanpa diketahui orang, penggodam tersebut dapat mengubah dan memadam rekod di dalam sistem pangkalan data tersebut.

Namun dengan menggunakan teknologi Blockchain, penukaran dan manipulasi data tidak dapat dilakukan kerana data yang direkodkan di Blockchain tidak akan dapat diubah tanpa persetujuan nod lain, maka jika penggodam mengubah data di Blockchain, perubahan tersebut akan diabaikan.

Gambar rajah menunjukkan bagaimana cara Blockchain berfungsi

Keempat, segala data dan maklumat di Blockchain dapat dijejaki asal-usulnya, berbanding sistem pangkalan data biasa di mana penggodam dapat memasukkan data dan maklumat tertentu.

Jika menggunakan contoh pembangunan bandar pintar, setiap individu yang menggunakan sesuatu aset seperti kemudahan awam, akan dapat diketahui siapa dan bila mereka menggunakan kemudahan awam tersebut, secara langsung ini akan mewujudkan ketelusan pengguna kemudahan awam tersebut.

Kelima ialah, setiap maklumat di Blockchain adalah muktamad setelah persetujuan nod pemegang kepentingan, namun sekiranya perubahan perlu dilakukan terhadap maklumat tersebut, perlu berlaku satu lagi proses persetujuan oleh nod-nod pemegang kepentingan.

Ini terbina di atas asas persetujuan pemegang kepentingan secara demokrasi dan tidak berpihak kepada autoriti satu pihak sahaja, justeru kita mendapati ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan sistem pangkalan data biasa yang mana maklumat adalah dikuasai oleh satu pihak yang berpusat sahaja.

Keenam, kontrak pintar juga dapat membantu kewujudan proses pembangunan bandar pintar misalnya, menggunakan kontrak pintar untuk tujuan pembayaran mikro.

Teknologi Blockchain pemacu Bandar Pintar untuk masa depan yang lebih baik

Kelebihan pembayaran mikro menggunakan kontrak pintar ialah, sistem bayaran yang lebih tepat, khusus dan adil kerana ia bergantung kepada penggunaan dan identiti pengguna berbanding dikenakan bayaran secara rata jika menggunakan sistem pembayaran tradisional.

Jika pengguna ingin menggunakan sesuatu perkhidmatan atau melakukan pembelian, identiti pengguna akan menentukan harga yang perlu dibayar, yang pasti berbeza harga untuk pengguna yang membayar untuk kegunaan persendirian atau pengguna yang membayar untuk tujuan urusan perniagaan.

Dengan wujudnya enam (6) ciri di atas, keselamatan data adalah terjamin jika inisiatif pembangunan bandar pintar dijalankan menggunakan teknologi Blockchain sebagai asasnya.

Jadi jelaslah bahawa konsep bandar pintar ini mengintegrasikan ICT dan pelbagai peranti fizikal yang dihubungkan dengan rangkaian internet benda (IoT) bagi merancang kecekapan operasi dan perkhidmatan bandar untuk dihubungkan kepada rakyat.

- Advertisement -

Latest news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.
- Advertisement -

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.

Related news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here