26.6 C
Kuching
Tuesday, December 5, 2023

Meter Pintar Tingkat Perkhidmatan Pelanggan

- Advertisement -
- Advertisement -

Projek Meter Pintar Sarawak Energy adalah sebahagian daripada inisiatif grid pintar untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan dan kecekapan operasi di mana ia adalah bertepatan dengan Strategi Pendigitalan Sarawak.

Bagi merealisasikan hasrat untuk menjadi utiliti digital, Sarawak Energy akan menggantikan meter konvensional dengan meter pintar yang dilengkapi dengan ciri pemeteran canggih untuk pembacaan meter jarak jauh dan pemantauan bekalan elektrik berdasarkan penggunaan masa nyata.

Program meter pintar ini akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Sarawak, dengan memberi tumpuan kepada kawasan yang padat terlebih dahulu, tanpa kos tambahan kepada pelanggan.

Susulan kejayaan program perintisnya pada 2019, Sarawak Energy akan meningkatkan pemasangan meter pintar untuk Bahagian Kuching pada 2022 dan ia akan diperluaskan ke bahagian lain di seluruh Sarawak negeri menjelang 2024.

Peralihan kepada sistem pemeteran pintar dijangka dilakukan secara berperingkat sehingga 2029, dengan mengambil kira faktor luaran seperti ketersediaan meter pintar dan kelajuan penghantaran global.

Setakat ini, cabang utiliti Sarawak Energy iaitu Syarikat SESCO Berhad, telah memasang sebanyak 9,000-meter pintar di Kuching dan pemasangan meter pintar tersebut adalah percuma dan tiada bayaran meter dikenakan untuk pelanggan sedia ada.

Antara manfaat meter pintar ini ialah;

  • Pengebilan tepat dan menepati masa
  • Pembacaan meter jarak jauh
  • Pengesanan gangguan dan pemulihan bekalan yang lebih pantas
  • Pemantauan bekalan tenaga yang dipertingkatkan
  • Pemantauan dan pengurusan penggunaan elektrik kendiri

Sistem pemeteran pintar bukan sahaja dapat memberikan bacaan yang lebih tepat malah, ia juga dapat menyalurkan banyak maklumat khususnya apabila berlaku gangguan bekalan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi merasmikan Program Peralihan Meter Pintar di ICOM Square

Perkara ini diterangkan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, YB Datuk Haji Julaihi Haji Narawi pada sidang media selepas melancarkan Kempen Meter Pintar di ICOM Square pada 24 Oktober 2022.

Mengulas mengenai inisiatif itu, beliau berkata, pelancaran sistem pemeteran pintar untuk Sarawak adalah tepat pada masanya sejajar dengan agenda digitalisasi negeri Sarawak.

Sidang media diadakan selepas acara perasmian dilaksanakan

Di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030), salah satu inisiatif pemangkin ialah mempunyai sistem meter pintar.

Oleh itu, pada masa ini kementerian beliau sedang memodenkan sistem kuasa dan utiliti menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan dan menyediakan penyampaian perkhidmatan yang responsif, menyatukan pendigitalan dan kemapanan.

Jelas beliau, Sarawak Energy secara strategik telah mendigitalkan ekosistem utiliti operasi dan tenaganya sejajar dengan Strategi Ekonomi Digital Kerajaan Sarawak di bawah konsep Bandar Pintar untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat dengan memanfaatkan teknologi.

Merujuk kepada kenyataan media pula, inisiatif meter pintar adalah satu langkah ke hadapan dalam mencapai kecemerlangan perkhidmatan berkualiti bagi sektor utiliti Sarawak Energy.

Dengan jumlah pelanggan semasa yang lebih 750,000, Sarawak Energy perlu melaksanakan inisiatif ini secara berperingkat di seluruh Sarawak.

Justeru, Sarawak Energy menggalakkan orang ramai agar mendaftar akaun mereka bagi mendapatkan perkhidmatan e-bil agar bil mereka dapat dihantar terus melalui e-mel.

Hampir 350,000 daripada 750,000 pemegang akaun Sarawak Energy telah mendaftar untuk kemudahan SEB Cares dan pengebilan dalam talian.

Untuk mendaftar, pelanggan dikehendaki memberikan nama, nombor akaun kontrak berdaftar dengan Sarawak Energy, alamat e-mel dan nombor telefon bimbit.

Pelanggan juga boleh menghubungi 1-300-88-3111 atau e-mel ke customercare@sarawakenergy.com untuk mendaftar Perkhidmatan.

Sebagai alternatif lain, mereka boleh melakukan pendaftaran diri melalui aplikasi mudah alih ‘SEB cares’  yang tersedia di App store dan Google Play atau laman web di www.sarawakenergy.com.

Meter pintar yang dipasang di bangunan ICOM Square
- Advertisement -

Latest news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.
- Advertisement -

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.

Related news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here