26.6 C
Kuching
Tuesday, December 5, 2023

Aplikasi Digital Mudahkan Pengurusan Kewangan Harian

- Advertisement -
- Advertisement -

Seiring dengan peredaran zaman, semua sektor sudah tentunya perlu mempersiapkan diri tidak kira dalam bidang ekonomi, sosial dan sebagainya kerana kemunculan teknologi digital telah memaksa manusia untuk turut berevolusi dan tidak statik dengan pendekatan konvensional.

Kehadiran teknologi pintar dalam pelbagai industri menyebabkan ekosistem ekonomi dan sosial turut berubah dan ia tidak terkecuali dalam sektor kewangan.

Pengurusan kewangan yang berhemat boleh menjadikan kehidupan seseorang bertambah baik

Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, kita kini boleh menggunakan pelbagai aplikasi kewangan tanpa perlu menulis atau menyediakan buku khas untuk merekod kerana semuanya dapat dilakukan menerusi telefon pintar.

Sehingga kini, terdapat pelbagai aplikasi pintar pengurusan kewangan yang menarik telah dibangunkan antaranya yang popular ialah aplikasi TOSHL Finance.

Pengurusan kewangan peribadi sangat penting kerana ia mempengaruhi gaya hidup kita

TOSHL merupakan salah satu aplikasi yang fokus kepada kewangan dan perbelanjaan di mana ia membolehkan pengguna mencatat pelbagai perbelanjaan harian mereka, sekali gus membolehkan mereka melihat baki wang yang terkumpul pada setiap hujung bulan.

TOSHL berfungsi untuk menjejaki semua jenis bil serta perbelanjaan, dan ia sangat sesuai digunakan bagi mereka yang kerap pergi ke luar negara.

Aplikasi ini juga mempunyai ciri pertukaran wang asing yang membantu pengguna menjejaki perbelanjaan ketika berada di luar negara, sama ada atas urusan kerja ataupun melancong.

TOSHL Finance ditawarkan untuk semua platform utama termasuk pada android, IOS dan web yang boleh dimuat turun secara percuma, selain pengguna juga boleh membuat langganan berbayar untuk mendapatkan beberapa ciri tambahan.

Sebaik sahaja pengguna memuat turun aplikasi TOSHL, mereka akan diminta untuk mendaftar akaun atau log masuk menggunakan akaun google atau facebook.

Setelah melakukan proses tersebut, mereka boleh melihat paparan panel utama yang menunjukkan perbelanjaan, malah mereka boleh menambah perbelanjaan baharu dengan klik pada butang tambah.

Aplikasi Fast Budget dapat membantu pengguna yang mengalami masalah untuk merekod perbelanjaan kad kredit

Misalnya ada pengguna yang mahu membuat pembayaran kereta sebanyak RM500, maka dia hanya perlu tekan pada ikon tambah, kemudian memasukkan jumlah RM500 dan tekan pada butang seterusnya untuk memilih kategori yang bersesuaian sebelum menyimpannya.

Dengan menggunakan kategori yang bagus, pengguna boleh melihat ke arah mana mereka membuat perbelanjaan yang tinggi dan menguruskan ia dengan lebih baik.

Selain itu, pengguna juga boleh menambah pendapatan bulanan untuk memudahkan mereka mengetahui baki wang yang ada pada sesuatu bulan kerana mereka boleh melihat baki dengan mudah dengan hanya “swipe” dari bahagian kanan skrin ke kiri.

Ciri tambahan yang turut disertakan pada aplikasi ini adalah kebolehan untuk menghantar fail terus ke email bagi membolehkan pengguna membuka fail tersebut menggunakan platform yang lain.

Memandangkan maklumat mengenai kewangan adalah satu hal yang sangat sensitif, pengguna boleh menambah kata laluan khusus untuk mengakses aplikasi ini.

Selain TOSHL, Bank Negara juga turut memperkenalkan aplikasi pengurusan kewangan yang dinamakan MyTabung manakala Bank Rakyat memperkenalkan aplikasi pengurusan kewangan yang dikenali sebagai TouchStyle.

Aplikasi My Tabung mempunyai ciri untuk meletakkan jumlah pendapatan, meletak bajet perbelanjaan dan merekod pengaliran wang tunai

Bank Negara Malaysia telah membangunkan aplikasi MyTabung bagi menggalakkan orang ramai untuk lebih berhemah dalam mengurus kewangan masing-masing.

Antara kelebihan aplikasi ini ialah, pengguna boleh menganalisis duit keluar masuk dengan mudah dan ia juga turut tersedia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Melalui MyTabung, pengguna boleh melihat berapa banyak wang yang telah dibelanjakan, serta pada masa yang sama melihat simpanan yang boleh dilakukan untuk setiap bulan.

Pengguna juga boleh menetapkan bajet yang ingin dibelanjakan untuk sesuatu perkara selain memastikan mereka berbelanja dalam lingkungan tersebut.

Aplikasi TouchStyle yang telah dibangunkan oleh Bank Rakyat dalam memudahkan pengurusan kewangan mempunyai ciri-ciri yang menarik, mesra pengguna dan percuma untuk dimuat turun.

Aplikasi TouchStyle sesuai untuk individu yang cuba menyimpan wang mengikut target bulanan

Semua pengguna android dan iOS dapat memuat turun aplikasi ini yang memberikan satu kaedah baharu dalam pengurusan kewangan diri, keluarga mahupun syarikat.

Aplikasi Touchstyle ini juga membolehkan pengguna mendapatkan informasi terkini tentang produk dan perkhidmatan Bank Rakyat.

Pengguna dapat membuat kiraan dengan memasukkan jumlah pendapatan, jumlah perbelanjaan harian, pembayaran bil, serta kos lain ke dalam aplikasi ini.

Aplikasi MoneyLover boleh digunakan untuk merekod perbelanjaan harian, mereka bajet dan memantau hutang serta meletakkan jangkaan wang yang ingin disimpan

Pembahagian dalam perbelanjaan seseorang itu amat penting dan dengan aplikasi TouchStyle ini, sekurang-kurangnya pengguna dapat mengetahui aliran masuk dan keluar kewangan peribadi.

Pengguna dapat mempertimbangkan berapa banyak amaun yang mereka mahu simpan, kemudian mereka boleh melihat perbelanjaan seharian yang akan memudahkan mereka mengawal aliran kewangan.

Banyak lagi aplikasi-aplikasi pengurusan kewangan digital yang lain telah dibangunkan seperti Monefy-Money Manager; Goodbudget:Budget and Finance; Money Manager; Expense Manager; dan lain-lain. Tujuan utama aplikasi pengurusan kewangan ini dibangunkan adalah untuk membolehkan pengguna mengetahui pendapatan bulanan mereka dan tahu ke mana mereka membelanjakan wang tersebut.

- Advertisement -

Latest news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.
- Advertisement -

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.

Related news

Sarawak Decarbonisation With UN SDGs

Through the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and Sarawak Corridor of Renewable Energy, Sarawak has made great strides towards the creation and cultivation of sustainable cities and communities in the State.

Carbon Tax Generates Revenue for Sarawak

The value of the carbon is based on the ability of the country to store it or to prevent it from being released into the atmosphere.

Kesedaran Keselamatan Siber

Kempen kesedaran keselamatan siber khususnya scam dan penipuan dalam talian perlu dipergiat dan diperluaskan kesemua lapisan masyarakat dengan pendekatan yang lebih kreatif dan komprehensif.

Sarawak Creating New Revenue Based on Green Hydrogen

The demand for hydrogen will increase due to growing use of renewable energy technologies and the increasing transition to a low-carbon economy.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here