25.5 C
Kuching
Monday, January 30, 2023

Kelebihan dan Kelemahan Perbankan Internet

- Advertisement -
- Advertisement -

Perkhidmatan perbankan internet adalah satu pendekatan yang sangat berkesan untuk menguruskan hal kewangan seseorang kerana ia boleh diakses selama 24 jam sehari.

Terdapat pelbagai jenis transaksi yang dapat dilakukan jika menggunakan perkhidmatan perbankan internet; contohnya menyemak baki akaun, membayar bil, memindahkan wang ke akaun lain dan sebagainya.

Pelanggan perlu menunggu giliran untuk berurusan di kaunter bank (gambar hiasan)

Perbankan internet merupakan satu perkhidmatan yang disediakan oleh pihak bank kepada pemegang akaun bank tersebut bagi memudahkan pelanggan bank untuk menguruskan hal kewangan mereka dari rumah, tempat kerja dan sebagainya asalkan ada akses internet.

Tidak dinafikan, perkhidmatan perbankan dengan cara baharu ini telah memudahkan pelanggan melakukan apa saja transaksi kewangan tanpa perlu pergi ke bank.

Pelanggan tidak perlu lagi ke kaunter kerana pembayaran bil kini menjadi lebih mudah dan selamat dengan hanya dibuat melalui JomPAY di www.irakyat.com.my

Perbankan internet memang banyak membantu kita melakukan pelbagai transaksi kewangan di mana jua kita berada sama ada di Sarawak, Malaysia mahupun di serata dunia.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dalam perkhidmatan perbankan internet antaranya ialah risiko terhadap penipuan, di mana ia merupakan salah satu jenayah yang kebanyakannya tidak dikenal pasti oleh pengguna teknologi internet.

Pelanggan tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke cawangan BSN bagi urusan perbankan kerana perkhidmatan perbankan internet telah disediakan iaitu myBSN

Dalam hal ini, adalah penting untuk setiap pengguna mengetahui langkah-langkah keselamatan semasa melakukan transaksi kewangan secara dalam talian.

Pautan laman web palsu menyerupai laman web perbankan internet sebenar

Pertama, kita semua sedia maklum bahawa setiap bank mempunyai alamat sesawang yang tersendiri atau dikenali sebagai URL (Uniform, Resource, Locator), justeru, pengguna harus sentiasa memastikan bahawa alamat sesawang itu adalah betul sebelum membuat sebarang transaksi.

Selain itu, sebagai pengguna yang bijak, anda haruslah merahsiakan log masuk dan kata laluan anda; Jangan berkongsi akaun peribadi anda; Jangan jadi mangsa kes keldai akaun atau membenarkan pihak lain menggunakannya untuk melakukan transaksi kewangan.

Biasanya, dua faktor pengesahan adalah penting untuk keselamatan akaun anda iaitu yang pertama, pihak bank akan menggunakan kod pengesahan transaksi (TAC) melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau alat peranti keselamatan (security token/device).

Walaupun anda boleh mengakses akaun bank anda dari mana-mana sahaja, pastikan rangkaian pautan tanpa wayar (Wi-Fi) atau talian peribadi yang digunakan adalah selamat dan jangan sesekali mengakses akaun anda menggunakan Wi-Fi awam.

Begitu juga halnya, apabila menerima pautan daripada orang yang tidak dikenali melalui emel, sms dan platform media sosial, anda diingatkan agar tidak sesekali klik pada pautan tersebut sebaliknya, anda harus padamkan pautan tersebut daripada alat peranti anda dengan serta merta.

Anda juga dinasihatkan untuk memasang program anti-virus dan anti-malware yang berlesen pada alat-alat peranti anda kerana penggodam dan penceroboh akan sentiasa menggunakan virus dan malware yang terbaharu.

Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi perbankan mudah alih yang sahih daripada bank dan institusi kewangan dan jangan sesekali terpedaya untuk memuat turun aplikasi daripada pihak ketiga.

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa Scam/Penipuan perbankan internet, anda tidak harus berkongsi Kod Pengesahan Transaksi (TAC) dengan orang lain

Tindakan seterusnya ialah, pantau akaun bank anda sekerap mungkin supaya anda boleh mengesan sebarang transaksi yang mencurigakan dengan kadar segera, misalnya ikon dan pautan yang baharu di laman sesawang bank yang digunakan.

Pengguna akan lebih mudah tertipu daripada aktiviti penipuan siber kerana terdedah akibat kelemahan kesedaran oleh pengguna.

Selain penipuan, pengguna juga berdepan dengan risiko sistem diserang oleh aktiviti penggodaman apabila berlakunya serangan siber seperti ransomware, virus dan sebagainya.

Kelemahan seterusnya adalah dari segi capaian (accessibility) yang rendah kepada golongan tertentu yang tidak celik teknologi informasi (IT) dan kelainan upaya.

Jika anda mengamalkan langkah-langkah keselamatan ini, cubaan penipuan daripada penggodam dan penceroboh dapat dielakkan.

Anda juga boleh menghubungi atau laporkan kepada pihak yang berkenaan jika anda mengesyaki sesuatu yang mencurigakan.

Tindakan-tindakan ini perlu dititik beratkan agar anda boleh menggunakan perbankan internet dengan selamat.

Kesimpulannya, perkhidmatan perbankan secara konvensional dan internet mempunyai kelebihan masing-masing, namun ramai pengguna gemar apabila mereka mempunyai akses kepada bank fizikal dan sentuhan peribadi mengatasi kemudahan dan inovasi yang disediakan oleh perbankan digital.

Pelanggan yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan perbankan internet perlu berurusan di kaunter (gambar hiasan)

Perbankan internet perlu dipromosikan dengan aktif oleh kerajaan dengan memperkenalkan polisi-polisi atau inisiatif yang menggalakkan penggunaan perbankan internet oleh setiap lapisan masyarakat termasuk golongan warga emas dan kelainan upaya.

Perbankan internet dan kelemahannya perlu diperbaiki dengan mengambil kira kekangan (area of constraints) yang dilaporkan dari masa ke semasa.

- Advertisement -

Latest news

Investing In Sustainable Food Packaging

As plastic food packaging is becoming the biggest treats to the environment; technology plays a vital role in producing sustainable food packaging to minimize the environmental footprint of packed food.
- Advertisement -

Kelebihan dan Kelemahan Perbankan Internet

Perubahan teknologi telah memberi kesan yang besar ke atas perkembangan ekonomi secara global dan tidak terkecuali, sektor perbankan turut merasi kesannya sehingga wujudnya satu alternatif iaitu perkhidmatan perbankan internet.

Digital Minimalism And Intentional Use Of Technology

Digital minimalism refers to a specific application of the general minimalist philosophy to the role of technology in our lives.

Aplikasi Digital Mudahkan Pengurusan Kewangan Harian

Berada di era Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang melibatkan teknologi automasi telah memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara kita yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.

Related news

Investing In Sustainable Food Packaging

As plastic food packaging is becoming the biggest treats to the environment; technology plays a vital role in producing sustainable food packaging to minimize the environmental footprint of packed food.

Kelebihan dan Kelemahan Perbankan Internet

Perubahan teknologi telah memberi kesan yang besar ke atas perkembangan ekonomi secara global dan tidak terkecuali, sektor perbankan turut merasi kesannya sehingga wujudnya satu alternatif iaitu perkhidmatan perbankan internet.

Digital Minimalism And Intentional Use Of Technology

Digital minimalism refers to a specific application of the general minimalist philosophy to the role of technology in our lives.

Aplikasi Digital Mudahkan Pengurusan Kewangan Harian

Berada di era Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) yang melibatkan teknologi automasi telah memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara kita yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here