26.8 C
Kuching
Wednesday, February 12, 2025

Apakah Itu Perbankan Digital?

- Advertisement -
- Advertisement -

Kepesatan teknologi dan digital turut mempengaruhi sektor kewangan dan institusi perbankan sehingga wujudnya perbankan digital.

Apakah itu perbankan digital?

Perbankan digital membolehkan produk atau servis dipasarkan dengan lebih mudah secara menyeluruh di seluruh negara termasuk khidmat perbankan kepada industri mikro dan industri kecil dan sederhana (IKS).

Berbeza dengan perkhidmatan bank tradisional, bank digital tidak memerlukan pembukaan sebarang pusat jualan fizikal.

Walau bagaimanapun, bank digital masih perlu didaftarkan (pejabat) di Malaysia bagi membolehkan layanan pelanggan dilakukan.

Bank digital juga boleh menyertai dan mengambil bahagian dalam Rangkaian Perkongsian ATM (Shared ATM Network), servis pengeluaran wang melalui PayNet dan servis kewangan melalui ejen.

Seperti bank tradisional, bank digital turut menawarkan perkhidmatan seperti deposit wang, pengeluaran, pemindahan, pemeriksaan akaun dalam talian dan akaun simpanan.

Perkhidmatan dalam talian yang ditawarkan akan diintegrasi mengikut masa sebenar dan diautomasi melalui analisis/teknologi untuk layanan pelanggan yang lebih bersifat individu secara pintar.

Pelbagai servis akan ditawarkan melalui Application Programming Interface (API) dan mengandungi elemen Artificial Intelligence (AI).

Pada Disember 2019, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kenyataan rasmi untuk mengeluarkan lima lesen bagi perbankan digital secara berperingkat dan dijangka beroperasi pada suku pertama 2020.

Sehubungan dengan itu, pihak industri fintech dan bank-bank berwawasan tinggi dijangka akan bekerjasama untuk mendapatkan lesen daripada BNM.

Seterusnya, BNM telah mengeluarkan draf pendedahan pada 27 Disember 2019 dengan kenyataan bahawa maklum balas kepada BNM perlu dibuat pada 28 Februari 2020.

Pada peringkat awal, bank digital perlu mematuhi syarat awalan sebagai langkah permulaan ke sistem yang lebih kompleks.

Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah; pengurusan risiko yang menyeluruh dan kemampuan mematuhi undang-undang, mengaplikasikan teknologi yang boleh mengubah dan menaik taraf servis kewangan termasuk penggunaan scalable dan agile tech stack dan akses kepada khidmat analisis pelanggan yang mendalam selain menunjukkan kekuatan kewangan secara berterusan dan mempunyai kepakaran dalam kewangan Syariah (untuk bank digital Islam).

Pelan keluar juga perlu ditunjukkan dalam tempoh lima tahun operasi termasuk tanda-tanda yang berpotensi, pilihan korporat, potensi kekurangan wang dan sumber dana serta kecairan aset.

Selepas lima tahun beroperasi, bank digital juga perlu mematuhi undang-undang yang dibuat terhadap bank berlesen dan perlu mempunyai dana kapital sebanyak RM300 juta.

Bank digital perlu menunjukkan bukti pengoperasian yang beretika serta mampu menampung operasi mereka sendiri, termasuklah bukti dalam nilai aset yang melebihi RM2 bilion pada peringkat awal operasi, iaitu dari tiga hingga lima tahun.

Perbankan digital menyediakan perkhidmatan kepada sektor yang kurang mendapat perhatian daripada bank tradisional seperti golongan yang tidak layak, kurang diberikan layanan perkhidmatan serta IKS.

Perkhidmatan tersebut akan membantu komuniti dan syarikat yang kini mempunyai akses terhadap kemudahan bank, seterusnya dapat menjana ekonomi negara.

Selain itu bank digital juga mempunyai kelebihan dari segi kos yang akan menurunkan harga perkhidmatan perbankan kepada pelanggan.

Dalam situasi semasa, bank tradisional sebenarnya telah menerima tamparan hebat daripada pengenalan teknologi dalam sektor kewangan.

Jika bank tradisional tidak melakukan perubahan sesuai dengan peredaran masa, bank tradisional dikhuatiri akan terus jatuh sementara bank digital akan beroperasi dengan lebih berkesan.

Antara kelebihan bank digital adalah, tidak perlu menanggung beban cawangan fizikal yang tidak menguntungkan dan tidak tersekat dengan kemudahan atau sistem yang lama.

Untuk bersaing dengan bank digital, bank tradisional perlu mengadaptasi menerusi kerjasama dengan bank digital yang lebih mesra IT.

Bank tradisional juga perlu lebih fokus pada perkhidmatan utama yang menguntungkan yang tidak mampu ditawarkan oleh bank digital seperti perkhidmatan kepada golongan yang kurang celik IT mahupun golongan warga emas.

Pelanggan bank digital boleh mendapatkan akses di mana sahaja pada bila-bila masa selain menerima layanan khidmat pelanggan yang sudah diautomasi dan perkhidmatan akan lebih menyeluruh mengikut kesesuaian pelanggan.

Antara lain, tabiat pengguna juga dapat dianalisis dengan lebih mendalam dan disesuaikan mengikut permintaan.

Dalam perbankan digital, penggunaan AI dan analisis perniagaan amat penting bagi operasi bank digital, biarpun ia masih baharu.

- Advertisement -

Latest news

Inisiatif Kualiti HRD JTS Mempertingkatkan Kecekapan Perkhidmatan

Unit Pembangunan Sumber Manusia (HRD) Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kapasiti modal insan dan pelaksanaan inisiatif kualiti untuk mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
- Advertisement -

‘INSODERS’ Platform Pemantauan Data Pembangunan Sosial Lebih Efisien

Dalam usaha hendak meningkatkan kesejahteraan sosial, Pejabat Residen Bahagian Mukah menerusi Kumpulan IPOK telah memperkenalkan sistem pelaporan dan pemantauan data yang lebih efisien dikenali sebagai INSODERS (Integrated Social Development Reporting System).

A Leap Towards Sustainable Waste Management in Sarawak

The 3R Smart Community Station revolutionises waste management in Sarawak through technology and community participation. This initiative addresses waste challenges, fosters recycling habits, and aligns with sustainable development goals.

First Phase of KUTS Project in Full Swing

Progress of the ongoing Phase One of the Kuching Urban Transportation System is over 25 per cent as of November 2024, and is given an allocation of RM1.42 billion under the 2025 Sarawak Budget to maintain its momentum.

Related news

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here