24.3 C
Kuching
Sunday, January 19, 2025

Peluang dan Cabaran Sektor Ekonomi GIG

- Advertisement -
- Advertisement -

Kemunculan pelbagai platform digital seperti Grabfood, Food panda, BungkusIt, Lalamove, Lazada, Shopee, AirBnB, TaskRabbit, Gran dan MyCar telah memberi ruang lebih besar kepada penjanaan ekonomi rakyat Malaysia di samping memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

Kewujudan ekonomi gig ini membolehkan individu menjana pendapatan secara produktif, fleksibel dan mampan kerana ia menawarkan pelbagai khidmat untuk disertai seperti pengangkutan, penghantaran makanan dan barang serta sebahagiannya membabitkan produk kewangan.

Salah satu kelebihan ekonomi gig ialah, pelbagai peringkat masyarakat boleh turut serta dalam bidang ini misalnya golongan belia, ibu dan bapa tunggal, orang kelainan upaya (OKU) atau pesara.

Secara dasarnya, ekonomi gig adalah satu sistem pasaran bebas berlandaskan pekerjaan bersifat sementara dan syarikat cenderung menggaji pekerja bebas dalam tempoh jangka masa pendek.

Ekonomi gig juga bercirikan kerja yang fleksibel, sementara atau bebas dengan pendapatan dan waktu kerja yang tidak menentu berbanding dengan ekonomi tradisional.

Meskipun berupaya menjana pendapatan tinggi, pereka konten turut menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan (Sumber gambar: https://www.bfi.co.id/en/blog/hasilkan-cuan-dengan-cara-anda-ini-tips-jadi-content-creator-tiktok)

Terdapat tiga pihak yang terlibat dalam ekonomi gig iaitu pekerja gig, pelanggan dan syarikat penyedia platform seperti GrabFood, Foodpanda, Lalamove, Bungkusit dan e-hailing seperti Grab.

Dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) yang membawa kepada cara baharu menjalankan perniagaan ini, telah dikenal pasti 10 kemahiran teratas dengan permintaan tinggi di luar negara iaitu;

Membangun Web dan Mudah Alih; Perakaunan; Penulis Kandungan; Penyelidik Internet; Editor; Reka Bentuk Web; Perunding; Pereka Grafik; Perekrut; dan Kemasukkan Data.

Pereka grafik antara kemahiran teratas dengan permintaan tinggi di luar negara (Sumber gambar: https://www.bikincv.com/blog/contoh-cv-graphic-designer/)

Impak daripada kemajuan teknologi dan platform digital ini, kini lebih ramai individu memilih untuk bekerja secara bebas dan memberikan fleksibiliti dalam cara mereka menjana pendapatan.

Malaysia telah mula menyaksikan pertumbuhan pesat dalam ekonomi gig terutamanya selepas pandemik COVID-19 dimana platform seperti Grab, Foodpanda, dan Freelancer telah menjadi pilihan popular ketika itu.

Kebanyakan generasi milenium tidak lagi berminat dengan konsep pekerjaan yang terjamin dan tetap apatah lagi mereka telah dibesarkan dalam era teknologi yang menjadikan mereka lebih celik digital.

Laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa lebih daripada 15% daripada tenaga kerja di Malaysia terlibat dalam ekonomi gig.

Peningkatan ini dipacu oleh keperluan untuk pendapatan tambahan dan fleksibiliti dalam bekerja selain disebabkan platform dalam talian ini telah memudahkan pencarian pekerjaan.

Di Sarawak, ekonomi gig dilihat masih dalam fasa perkembangan berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Individu yang mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer boleh melakukan kerja sambilan dengan masukkan data (sumber gambar:https://homecare24.id/tugas-dan-tanggung-jawab-data-analyst-and-scientist/)

Namun demikian, tidak dinafikan Sarawak turut menunjukkan potensi yang besar untuk pertumbuhan sektor ini kerana kebangkitan teknologi dan penggunaan internet yang semakin meluas di kalangan penduduk muda telah membuka peluang kepada mereka untuk terlibat dalam pekerjaan gig.

Dalam sektor pelancongan misalnya, Sarawak yang terkenal dengan keindahan alam dan kaya dengan warisan budaya telah menawarkan peluang kepada mereka untuk menjadi pemandu pelancong bebas dan penyedia perkhidmatan inap desa (homestay).

Dalam sektor kreativiti dan seni pula, pekerja seni, penulis, dan pereka grafik boleh memanfaatkan platform dalam talian untuk menjual karya mereka.

Begitu juga dalam sektor pertanian dan perikanan di mana pertanian bandar dan perikanan boleh dipasarkan melalui platform gig bagi membantu mereka menjangkau pelanggan secara langsung.

Walaupun ekonomi gig dilihat mempunyai potensi yang amat besar dalam menjana pendapatan rakyat tempatan, namun sektor ini tetap tidak lari daripada berdepan dengan isu dan cabaran.

Antara cabaran tersebut ialah, pekerja gig tidak menerima manfaat pekerjaan yang stabil dengan gaji dan faedah yang tetap meskipun mempunyai fleksibiliti kerja yang lebih tinggi.

Di samping itu, belum terdapat peraturan undang-undang atau panduan khusus bagi melindungi kebajikan kumpulan ini kecuali peruntukan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) yang mewajibkan individu bekerja sendiri mendaftar dan mencarum di bawah skim ini.

Pekerja gig tidak dilindungi secara sah di bawah peruntukan buruh seperti gaji minimum, had waktu bekerja, cuti tahunan dan cuti sakit serta pemberhentian kerja yang tidak adil memandangkan mereka tidak diiktiraf sebagai pekerja formal.

Selain itu, pekerja gig tidak mempunyai jaringan keselamatan kewangan termasuk pencen dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang dinikmati pekerja tradisional.

Kaji selidik yang dijalankan oleh The Centre (2019) ke atas lebih 400 pemandu e-panggilan dan penghantaran mendapati hampir 60% responden tiada simpanan kecemasan manakala 59% tiada tabungan untuk hari tua atau persaraan.

Antara cabaran yang lain ialah dari pendapatan pekerja GIG yang tidak menentu kerana ia bergantung kepada permintaan pasaran sehingga menimbulkan kesukaran dalam perancangan kewangan.

Begitu juga dengan akses kepada teknologi terutama di Sarawak, kerana terdapat kawasan luar bandar yang mungkin mempunyai akses terhad kepada internet dan teknologi, menjadikan penyertaan dalam ekonomi gig agak sukar.

Pekerja gig juga berdepan dengan persaingan tinggi disebabkan semakin ramai orang yang memasuki sektor ini, persaingan untuk mendapatkan pekerjaan boleh menjadi sengit.

Ekonomi GIG di Malaysia, khususnya di Sarawak, menawarkan pelbagai peluang untuk individu yang ingin meningkatkan pendapatan mereka.

Namun, untuk memaksimumkan potensi ini, langkah perlu diambil untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh pekerja GIG.

Kerajaan dan pihak berkepentingan perlu bekerjasama untuk menyediakan perlindungan dan sokongan yang diperlukan bagi membolehkan sektor ini berkembang secara mampan. Dengan pendekatan yang betul, ekonomi gig boleh menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi di Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan.

- Advertisement -

Latest news

Inisiatif Kualiti HRD JTS Mempertingkatkan Kecekapan Perkhidmatan

Unit Pembangunan Sumber Manusia (HRD) Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kapasiti modal insan dan pelaksanaan inisiatif kualiti untuk mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan awam.
- Advertisement -

‘INSODERS’ Platform Pemantauan Data Pembangunan Sosial Lebih Efisien

Dalam usaha hendak meningkatkan kesejahteraan sosial, Pejabat Residen Bahagian Mukah menerusi Kumpulan IPOK telah memperkenalkan sistem pelaporan dan pemantauan data yang lebih efisien dikenali sebagai INSODERS (Integrated Social Development Reporting System).

A Leap Towards Sustainable Waste Management in Sarawak

The 3R Smart Community Station revolutionises waste management in Sarawak through technology and community participation. This initiative addresses waste challenges, fosters recycling habits, and aligns with sustainable development goals.

First Phase of KUTS Project in Full Swing

Progress of the ongoing Phase One of the Kuching Urban Transportation System is over 25 per cent as of November 2024, and is given an allocation of RM1.42 billion under the 2025 Sarawak Budget to maintain its momentum.

Related news

Inisiatif Kualiti HRD JTS Mempertingkatkan Kecekapan Perkhidmatan

Unit Pembangunan Sumber Manusia (HRD) Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan kapasiti modal insan dan pelaksanaan inisiatif kualiti untuk mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

‘INSODERS’ Platform Pemantauan Data Pembangunan Sosial Lebih Efisien

Dalam usaha hendak meningkatkan kesejahteraan sosial, Pejabat Residen Bahagian Mukah menerusi Kumpulan IPOK telah memperkenalkan sistem pelaporan dan pemantauan data yang lebih efisien dikenali sebagai INSODERS (Integrated Social Development Reporting System).

A Leap Towards Sustainable Waste Management in Sarawak

The 3R Smart Community Station revolutionises waste management in Sarawak through technology and community participation. This initiative addresses waste challenges, fosters recycling habits, and aligns with sustainable development goals.

First Phase of KUTS Project in Full Swing

Progress of the ongoing Phase One of the Kuching Urban Transportation System is over 25 per cent as of November 2024, and is given an allocation of RM1.42 billion under the 2025 Sarawak Budget to maintain its momentum.
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here